RSS

BILA YANG NAMANYA MUSLIM ITU SEEKOR MUNAFIK

Wahaha... kelako sungguh rasa di hati.

Lain kali cakap siang pandang2.. Jgn nak mengata sedap mulut je.. Kan dah kantoi depan2.. Kau memang sah gila. Macam la aku hadap sangat kewujudan kau di muka bumi nan indah ini.

Apsal la aku dipertemukan dengan kau ha? Langsung sungguh aku tak mengerti. Kau tu dah tua..Buat la cara orang tua beb. Muka dah la tak hensem. Hati plak itam melekit. Cubalah ada sedikit sinar di hatimu.. Xdelah interior and exterior sama itam..

Nasib baik la aku mengandung. Aku sabar dengan dugaan ini.

Serious aku sabar ni. Aku x marah sikit pun. Tapi aku rasa kelakar yang amat sebab kau yang tua ganyut masih bersifat kebudak-budakkan.. Stop being childish la. Kau kan guru cemerlang. Kena la cemerlang serba serbi. Jangan la jd sempit.

Kita kan telah berjanji dalam bilik pengetua dulu perbincangan habis di sini. Yang kau x abis2 lagi berkata yang tak berapa nak betul tu kenapa.

Bila telah berjanji tapi mengingkari..bukan ke itu sifat munafik. Sia-sia kau baca buku agama beriya2..Pedegogi Rasullullah pelbagai kalau benda yang paling simple dalam dunia kau x mampu buat.

Oh yea..BTW... ingat aku heran sangat dengan isteri kau?

KORBANKAN AKU

Dulu kau selalu berkata aku membahagiakan
Kau merasa bahagia bila bersamaku
Kau merasa bahagia disampingku

Jarang sudah ungkapan dulu kau ucap padaku
Kata cinta pun penatku melutut merayu padamu
Kucupan mesramu harus aku sujud dahulu di bawah telapak kakimu

Entah berapa kali kuberdoa agar Tuhan cabut nyawaku
Malam ini sambil air mata menitis ku mohon sekali lagi
Jika aku tidak lagi membahagiakan
Tuhan bawalah daku pergi

Agar kau boleh bertemu bahagia yang lebih membahagiakan
Agar kau boleh tersenyum kembali seperti dulu
Biarlah nyawa yang aku pertaruhkan
Hanya untukmu
Nyawa pun sanggaup aku korbankan

Dulu aku selamat dalam pertarunganku
Andai kali ini aku tumpas
Maafkan segalanya
Halalkan semuanya
Cinta tak pernah luntur dari jiwaku

Andai aku tidak sempurna
Andaikan saja cuma cintaku yang paling sempurna untukmu