RSS

ALAM BARU

Aku dah mulakan alam baru.


Alam yang mengundang ketidakcukupan tidur di waktu malam.


Alam yang mengundang kekecohan dan kebingitan di waktu yang tak dijangka.


Alam yang menyebabkan aku sentiasa berjaga-jaga. Tidur pun tak berapa lena.


Alam yang telah, sedang dan akan sedikit sebanyak menggangu ritma perjalanan hidup aku.


Alam yang memaksa aku berfikir 439876 kali sebelum membuat sebarang keputusan untuk diriku.


Alam yang akan menyebabkan aku sentiasa tertanya-tanya "Kalaulah..."


Alam yang penuh pengharapan tapi sebenarnya satu perjudian, satu percaturan. Belum tentu untung sabut akan timbul.


Kamil Naqib bin Kamarudin

28 Februari 2009

MEMORY LANE

Never would I thought, that a simple mirror reflection of me writing, would remind me so much of him.

I miss u Bapak...

SEMBANG POLITIK LA PULAK!!

Aku ni takda le in to politik sangat. Inside pun tak. Into, under, accross, above semua takda.

Tapi recent issue pasal politics in Perak membuatkan isi rumah aku agak hangat with heated political discussions.

One day lepas pakcik-pakcik ramai-ramai baring atas jalan halang kereta Raja Nazrin Shah nak masuk istana, semua MB, semua political figures, semua boss NGO membagi comment "DERHAKA"

Pak Lah pulak boleh mengecat pasu. Esok pergi yee sang.

"Nasib la korang. Aku nak pencen. Aku malaih dah nak ambil tahu."

Oh PM ku.

A NEW LEAF

Where to start?

A new year. A new life. A new location. A new me (really?)

I'm sending this post from somewhere new. I'm no longer in Bandar Tenggara Johor anymore. At this exact moment, I just relocated to Sawah Sempadan, Tanjong Karang Selangor.

A new school. A new set of rules. Still mending my way into circle. Just my luck I'm a late bloomer. Yet, I'm kinda dissapointed that almost everything that I've planned seem to burnt into ashes.

There's no Form 6 in this school, so I can't teach MUET and try to wiggle my way to DG44 in 2 years time. There's no Pandu Puteri that I can join in order to go international. There's no weird ko-ko activities that spark new experiences. Nil. I have to start from scratch.

Good luck to me.

To all my friends in Bandar Tenggara:
- so long and farewell
- sorry goodbye kita hari macam kelam kabut je. salahkan KPM hantar surat lambat ye
- kalau saya buat salah, silap, tak siap kerja, maafkanlah. plannya nak buat sehabis baik this
year tapi jodoh kita sampai di situ sahaja rupanya
- jalan-jalan kat tanjong karang calling-callinglah ye

To anne & botak & lina:
- harap korang bertiga tak lupakan aku
- x sempat la nak makan sushi. kat sini xde sushi. ada belut paprik je
- thanx sebab sentiasa melayan otak aku yang tak berapa nak penuh ni
- thanx sebab jadi member terapi aku selama setahun. shopping di jusco n giant x akan serupa
tanpa korang
- any great news, bad news, sad news, happy news, news strait time, jgn lupa shout out kat aku
ye
- miss korang sesangat (nak meleleh air mata ni. tapi ku tahan jebat!)

KALAU DAH UPDATE NI MAKSUDNYA KAT RUMAH IBULAH

Arrghh..

Aku sekarang di rumah bonda. Lama gak aku pujuk Samurai bagi aku relax di sini. Yesterday memang dah maximum capacity aku untuk berada di Sawah.

It's not that aku ni pekan sangat. Uptown lagilah bukan. Tapi being there was just stressful. Maybe it was not the location. Maybe it is just because I'm not cut out for the whole housewife thing. Macam bosan gilanya rutin works. Nothing, I mean nothing was unpredictable.

Aku bangun pagi. Salam Samurai pergi kerja. Basuh kain. Minum kopi for breakfast. Makan ubat. Sapu rumah. Jemur kain. Cook lunch. Samurai balik. Lunch. Samurai pergi kerja balik. Lepak depan TV tgk dongeng kat TVtiger. Angkat kain. Lipat kain. Mandi. Samurai balik. Cook dinner or reheat leftovers. Dinner. TV. Tidur.

Every single day. Kot nasib baik sikit lauk habis and dapatlah aku pergi pasar for groceries. Luckily, Samurai understood my independent streak and allow me to drive around whenever I need. Unfortunately pula my physical condition at this moment tak berapa membenarkan aku drive far and away. But at least I was able to strech my legs a bit.

But yesterday memang aku dah cannot take it anymore. Berjurai air mata aku cal Samurai kat tempat kerja nak balik rumah Ibu. I'm willing to drive back. Agaknya kesian, agaknya bosan, he took a half day leave, drive me balik, and balik semula ke Sawah.

"Duduklah sini sampai Baby tenang. dah okay Abang datang ambik ek? Abang faham. Tak selesa ek duduk sana."

Hari aku tak cook lunch for Samurai. Rasa lainlah plak. Instead cooking for Ibu and Sendut. Macam dulu-dulu. But lain.

One day here aku dah rasa okay sikit. Ibu pun call tadi. "Biasa Along kat sana hari0hari call Ibu. Hari tak call pulak. Ok dah?"

.
.
.

Rumah kampung, toilet di luar. Koridor yang membahagi rumah dan toilet, dipenuhi taik ayam. Selipar yang aku letak dekat pintu as alas kaki, parents in-law aku letak nun jauh di pagar. Jangan letak depan pintu. Kotor kalau pakai selipar kat sini. Itulah punca aku menangis. Nak pergi toilet nanti kena taik ayam. Nak ambik selipar pun nanti kena taik ayam. Mau tak stress.

HAPPY HOUR

3 people dia and went to heaven. God stood at the gate, and told them only 1 can go in, while the other 2 can go to hell. So God asked everyone about the lives.

1st : I'm a PRIEST. I asked people to worship God.
God said "Hell!"

2nd : I'm a DOCTOR. I saved lives.
God said "Hell!"

3rd : I'm a TEACHER.
Heaven's door opened. The teacher was shocked.
God said "Don't say anything my child. You were in hell for many years! HAPPY HOLIDAY!"

HARGA MINYAK TURUN 15Sen?

Puasa sudah.
Raya pun sudah.

Now its time for PMR. Ya kawan-kawan, PMR telah bermula pada Isnin yang lalu. Started with BM 1, BM 2 and Pendidikan Islam. Then, followed by the next day English 1, English 2, Science 1 and Science 2!!! Gila ke apa penggubal jadual exam ni? Sampai 4 papers in a day?!

Paling kasihan is that my students only have about 1/2 an hour to 40 minutes gap between the subject. Gila.

Tapi the best part. Aku sempatlah memberi tips-tips terahir sebelum masuk exam hall. Alhamdulillah. Apa yang aku stresskan in the class for the past few months keluar. Even for paper 2, aku always and always stress on speech writing, speech la yang keluar. Then literature punya part pun keluar almost the same as trial exam. And aku dah discuss the answer in the class. Lega.

Even belum tentu anak murid aku boleh jawab ke tidak, or can they remember what we've discussed in the class, at least aku tak rasa berdosa dan bersalah sebab tak ajar apa yang they supposed to know.

Berapa A this time around? Aku pun tak sure. Hope for the best. Next round. SPM and MUET Nov 2008. Argghhh!!! Siapa kata kerja cikgu senang sebab kerja separuh hari?!