RSS

ONE OF THOSE BLISSFUL MOMENTS

Yesterday.
Sunday. 28th June 2009.

Aku dapat calls and messages yang best gila. Yang membawa keceriaan pada hidup aku. Yang membuatkan everything worthwhile.

First batch yang aku ajar di Bandar Tenggara sudah mula mendaftar ke universiti masing-masing.

Congratulations adik-adik. All the best. Jadikan your year in campus one of those best moments in your journey.

Kepada Upper6Intan yang doing education tu, nanti kita buat practical kat sekolah saya ya? Hehe.. Also to Yan, follow Ibu nampak.

To Zana n Kema. Elok-elok di tempat orang. Kadang-kadang, kita maksud lain, orang local inteprete lain. Lain padang, lain belalang.

Buat Halim n Sakinah, you deserved what you deserved. Study elok-elok. I am so proud of you both. Tercapai cita-cita awak berdua nak ambil law.

Anda mengucapkan terima kasih kepada saya kerana mengajar. But thanks to all of you, saya kembali bersemangat untuk mengajar.

DEAR MISS ANONYMOUS

"Learning takes place when a change of behaviour is shown."

Itulah yang aku belajar dulu. Maksudnya, dari tak tahu kepada tahu. Dari tak faham kepada faham. Dari tak reti kepada reti. Dari tak suka kepada suka.

Aku memang tak suka tempat ini. Tapi aku sedang belajar untuk jatuh cinta dengan tempat ini. Maksudnya aku sedang berlajar. Learning process aku still in process.

Orang yang bertamadun tidak akan menikam dari belakang.
Orang yang bertamadun tidak akan comment di blog orang lain dengan menjadi anon and trashing like, orang tak bertamadunlah.
Jadi sebagai orang yang bertamadun, I am willing to eat the humble portion of the pie.

Minta maaf orang Tanjung Karang. Walaupun tempat ini tak best, tapi saya akan cuba mencintainya sepenuh jiwa dan raga. Jangan risau. Pasti suatu hari nanti learning saya akan take place.

To Miss Anonymous. I don't know who you, where, you're from. So buzz off!!

MAKAN JELLY KELAPA ITU SEBAGAI TEMA

Muahaha...

Sekarang aku tengah berada di opis sambilan kerana berkerja secara sambilan dengan Cikgu Limin. Yeah. Aku dan Liza diminta menyelanggara blog dia.

Kamil tengah tidur dan yang lain pergi makan.

31 Mei 2008, hari aku n Samurai diijabkabulkan. Hari kami disatukan. Hari kami diraikan.
31 Mei 2009, sudah 1 year kami diijabkabulkan, disatukan, diraikan.
Hari yang sama juga dihabiskan dengan melawat orang lain kenduri kawin. Gila tak best celebrate anniversary macam ni.

FOCUS ON GRAMMAR

Itu ialah tajuk buku yang ada atas meja aku sekarang ni.

Aku rasa macam semacam pun ada. Kelakar pun ada hari ni. Merujuk kepada entry aku yang previous. Laptop aku ada problem dengan protocol dia jadi sekarang-sekarang inilah baru aku dapat menge-check blog ini. Then aku teserempaklah dengan komen kedua dan ketiga pada entry aku tentang habis berpantang.

Tak sangka ya, orang Tanjong Karang ni sensitif belaka rupanya. Haha. Aku kata padang jarak padang tekukur pun nak marah. Dah memang begitu lagaknya tempat ini pada hemat aku. Diulangi PADA HEMAT AKU. Jadi, pada hemat akulah.

Macam orang selalu dok kata kampung aku di Kuala Kubu Bharu tu tempat jin bertendang. Mana mungkin aku boleh marah sebab memang tempat tu memang tempat jin bertendang. Dah itu hemat diorang kat kampung akukan. Pasal dia tu tempat jin bertendang-tendang so that why aku merantau keluar.

Jadi, kesimpulannya, aku merasakan tempat aku sekarang ni gila korok, that my opinionlahkan. Bukan aku yang teringin sangat duduk kat sini. Dah dalam perut mak aku, aku ditanya, setujukah kau tinggal di padang jarak padang tekukur menjelang umur kau 29 tahun selepas kau berkahwin, aku pulak pergi jawab ya, ana setuju. Aku nak wat camnalahkan. Dah jodoh aku kawin dengan orang sini. Pastu lak orang tu duduk sini jugak lepas puas merantau. Aku nak wat camna, kan.

The point is, aku yang tak puas lagi merantau. Aku apply kembali ke Selangor pun kerana itu tanggungjawab aku sebagai isteri. Aku bukan macam anda, dari kecik sampai besar kat tempat yang sama.

So, oleh kerana aku dah banyak pergi ke tempat orang lain, PADA HEMAT AKU, tempat ini tak bes, belum best tapi mungkin akan best bagi aku. OK?

Hishh. Anak aku nak kena membesar jadi orang kampung ke?

KERJA_KERJA!

Hahaha..akhirnya berintenet jugak la laptop aku hari ini..sudah beberapa kurun terbiar kontang. Nasib baik Cikgu Ahmadi cukup pakar merepair TCP/IP aku yg jahanam kejap.

Last week kitorang wat qeqah untuk Kamilchan. Biasalah kenduri di kampung. Meriah dengan orang tapi penat melampau. Maklumlah dah lama family aku telibat dalam acar kenduri rewang-rewang macam ni. Dah bertahun guna katering je.

Ibu pun datang that day. Dan aku sebagai manusia yang selamba, selamba jelah. Maka adalah Mbah tegur hidangkan kuih untuk Ibu. Aku pun. Ok. Hidangkan. Then aku terangkan kat Ibu, kat sini kalau kenduri orang datang je letak kuih, letak air. Ibu pun jawap.

"Oh. ya. Ibu teringat. Time Ibu kecik-kecik dulu pun macam ni. Orang datang ja letak dulang kuih. Ya. Ya. Dulu-dulu."

WAA - HHAAATTT!!!!

Aku kena lalui lifestyle Ibu waktu DIA kecil-kecil dulu!? Uhuhuhu.. Life aku turn backwards ke? Not fair.

Ibu cakap. Hidup macam roda. Kadang-kadang di atas. Kadang-kadang di bawah. Hidup kita dah sampai puncak, so sekarang Along kene turun sedikit.

Aku jawab. Apalak. Ibu dah sampai peak of your life. Mine has not even started yet. Mana boleh.

Ibu jawab lagi. Ibu dah bawa Along bersama-sama Ibu naik atas. Now Along kena turun sikit so Along bawa Kamil naik atas balik. Macam mana yang Ibu have done with you.

ARRRGGHHH!!! Why me? Apa yang Allah cuba tunjuk kat aku ni. Life is not always a basket of flowers? Grass will always be greener on the other side. Why letakkan aku kat glitz and glitters just untuk kekalkan aku kat dumpster macam ni?

Apa yang aku dah buat. Not fair. Not fair at all. All I know sekarang ni, tak payahlah susah-susah be your best sebab in the end akan tercampak juga kat padang jarak padang tekukur.

By the way. This is my blog. Sukahati aku nak tulis apa.

MUAAHHHAHAHA

Aku dah habis pantang..

YeeeHHHAAAA!!!

Hari pertama aku berhabisan pantang tersebut Mr Samurai telah bermurah hati membelanja Encik KFC untuk aku. Maka petangnya pulak Ibu membelanja pizza. Walau bukan pizza dari Encik Pizza Hut atau Encik Domino's tapi ianya tetap pizza. Esoknya pula Mr Samurai membelanja pula nasi ayam idamanku. Aku tahu kenapa dia belanja. Sebab dia kantoi baca blog aku senyap-senyap.

Next week aku akan mula bekerja..Bosan gile yang teramat. Tidak best langsung walau sepicing. Apatah lagi sekolah aku terletak di sebuah tempat yang berunsurkan padang jarak padang terkukur lagaknya. Bosan.

Tak nak pergi sekolah. Agaknya, macam nilah perasaan budak-budak level D dan E bila kena bangun pagi pergi sekolah. Aku pun dah jadi cikgu level D dan E dah sekarang ni.

...

Tadi aku susukan Kamilchan. Memang rutin Kamilchan, lepas mandi, acara bersantap.
Kamilchan dah masuk 38 hari dah. Dah 38 hari Kamilchan hidup. 38 hari yang lepas aku lahirkan Kamilchan.

Tadi aku susukan Kamilchan. Memang rutin Kamilchan, lepas mandi, acara bersantap. Kamilchan dah masuk 38 hari dah. Dah 38 hari Kamilchan hidup. 38 hari yang lepas aku lahirkan Kamilchan. Kamilchan kembung perut. Dari umur dia 2 hari dia kembung perut tak habis-habis. Minum susu, mesti ada muntah. Kadang-kadang susu baru, kadang-kadang susu yang dah basi.

Tadi aku susukan Kamilchan. Memang rutin Kamilchan, lepas mandi, acara bersantap. Kamilchan dah masuk 38 hari dah. Dah 38 hari Kamilchan hidup. 38 hari yang lepas aku lahirkan Kamilchan. Sambil susukan Kamilchan aku minum milo. Sambil tengok TV. Aku jeling-jeling Kamilchan. Tetiba Kamilchan tersentak. Kamilchan tersedak. Susu baru kuar dari mulut Kamilchan. Susu baru pun kuar dari hidung Kamilchan. Aku tak tahu nak buat apa. Aku jerit panggil Ibu. Ibu tengah solat Asar. Tengah tahyat akhir. Ibu berlari dari bilik ke ruang tamu. Ibu sambut Kamilchan, tegakkan dia, terus sedut hidung Kamilchan. Patut aku yang kene sedut hidung Kamilchan. Bukan Ibu. Tapi aku tak tahu nak buat apa. Bila Ibu sedut tetiba aku nak muntah. Aku rasa nak menangis. Tak patut aku rasa macam tu. Tak patut aku rasa nak muntah bila orang tengah selamatkan anak aku. Aku rasa aku tak layak jadi mak. Aku rasa aku tak patut jadi mak.

Tadi aku susukan Kamilchan. Memang rutin Kamilchan, lepas mandi, acara bersantap. Kamilchan dah masuk 38 hari dah. Dah 38 hari Kamilchan hidup. 38 hari yang lepas aku lahirkan Kamilchan.