RSS

PENGALAMAN KELUARGA SAYA BERURUSAN DENGAN KELUARGA B@B!

Semalam, lepas Maghrib, aku, Samruai and superKamil balik rumah ibu kejap. Biasalah, kakitangan kerajaan. Adalah aktiviti jualan-jualan yang tak berapa nak langsung. Aku nak hantar order barang plastik berjenama mewah milik ibu dan kawan serta mengambil order pinggan mangkuk kaca syarikat yang tak pernah kalah milik kawan-kawan aku dari ibu.

Dalam perjalanan balik ke Tanjong Karang, kat area Bukit Beruntung, lepas-lepas BB3, tetiba Samurai menjerit sambil mengucap. Aku yang tengah menidurkan superKamil turut terpana, terkesima. Sederet keluarga En Babe melintas jalan secara berpoya-poya. Kata orang putih, jaywalking. Kata orang Jawa, nyeruntul. Confident gila.

Aku suspek spesis wildboar tapi wildboar jenis townlah. Takdalah hitam. Macam kelabu-kelabu sikit. Ataupun mungkin mereka dipalit lumpur? Entahlah.

En Babe lepas. Pn Babe lepas. Tetiba bumper warung aku ada bunyi 'tud' sikit. Sekali rupanya anak sulung mereka, Jonny Babe tak lepas bontot kanannya. Kesian. Tapi selamatlah. Cuma balik kena sapu minyak panas.

Bumper warung agak cedera. Bunyi tud saja. Tapi calar teruk and klip bumper tanggal. Sampai Tanjong Karang, kami pun samak kereta tersebut.

Mencabar sungguh pengalaman saya malam semalam.

0 Komen: