RSS

OPS..I MADE A DOODOO

DOODOO 1

Semalam the whole of Tanjung Karang gempar. One of them mati ditembak. Allahyarham Siti Rohana Ismat. Frankly speaking. I don't know her. I've never even met her. Tapi dia sangat rapat dengan kawan aku, Norin. And Norin always cerita kat aku pasal Kak Ana. When I heard the news, memang aku shocked gila.

To make things worst, semalam, dalam pukul 12.30, Norin tunjuk kat aku FB Kak Ana. Ha..Nilah Kak Ana, kata Norin. Itulah first time aku tengok muka Kak Ana. Rupanya, ketika tu, Kak Ana dah tak ada lagi. MasyaAllah. Berderau darah aku bila terfikir hal tu.

Al Fatihah kepada Allahyarhamah Kak Ana.


DOODOO 2

Penatlah.. Really-really tired..I don't know what else to do. Punyalah penat smapai aku selalu lupa nak masuk kelas. Sebabnya, otak aku xmampu nak hafal jadual kelas yang terbaru. Kesian budak-budak aku. I'm seriously sorry ladies and gentlemen.

Tapi kalau tak kerja macamana aku nak beri the best in life untuk Kamil and adiknya later. Sekarang pun even belum lagi dapat bagi anak aku (and anak-anak aku) the best that he (they) deserved, tapi at least I'm getting there.

Penat. Sometimes I wonder, macamanalah orang muda2 baya aku boleh kaya raya?

Bila aku nak dapat duit banyak2?

DOODOO 3

Bilalah nak pindah rumah ni? Dari excited sampai jadi boring menunggu. Nak raya rumah sendiri!!!


DOODOO 4

penat..

PENAT

Aku penat la kawan-kawan...

Aku nak berhenti la...Aku tak nak kerja lagi. Aku nak rehat je..

BIAR BETIK DORANG NI...

Isu ni nak kata basi pun belum la basi sangat..Cuma kata nak minta pendapat rakyat tapi tak ada pun siapa-siapa interview aku ke kawan-kawan aku ke sedara-mara aku ke pasal benda ni...

isshhhkkk.. nak mansuhkan peperiksaan ke? Tinggalkan SPM je? Biar betik! Sebagai cikgu aku memang 100% tidak bersetuju langsung dengan cadangan yang hanya bernas di atas kertas itu.

Dorang pergi tanya professor-professor mestilah jawapanya kita terlalu exam oriented. Idea PBS semata memanglah sangat idealistik. Tapi sebagaimana pandangan idealistik yang lain, secara praktikalnya sangat tak praktikal.

Ok. Nak PBS? Boleh. Tapi jangan buat 100%. Buatlah PBS 50% exam 50% misalnya. Ini pada aku lebih holistik. Yang exam ni pun budak tak sentuh langsung buku, langsung tak nak cari ilmu tambahan, apatah lagi kalau tak ada exam.

Ikut apa yang aku belajar dulu. Pembelajaran berlaku apabila ada perubahan tingkah laku. Maksudnya daripada tak tahu kepada tahu. Pembelajaran ini pula boleh dan perlu diukur. Caranya? Melalui ujian. Siap kalau dalam pembinaan item, kita patut ada pretest and post test. Bila pembelajaran itu sudah diukur, barulah kita tahu nak sambung aras pembelajaran seterusnya atau nak ulang balik apa yang pelajar belum faham. Itu textbook tau. Bukan aku yang kata.

Lepas tu pulak tujuan exam ni bukan sahaja mengukur kemampuan pelajar. Tapi ianya juga menunjukkan aras perkembangan guru. Cikgu berjaya tak bagi pelajar faham. Ok. Cara ni murid aku tak faham. Kalau kita cuba cara lain, macamana?

Macam itulah pentingnya exam. Mengukur performance. Murid dan guru. Kalau semata-mata PBS, performance murid mungkin kita boleh nampak. Mungkin. But performance guru. Even sekarang pun untuk PBS ada yang terpaksa bagi markah dummy sebab pelajar pindah sekolah tak bawa evidance, sebab berhenti sekolah lepas tu masuk balik, pelajar hantar evidance, bilik dokumen kena pecah, banyak masalah teknikal.

Actually sebelum aku start menaip pasal ni banyak benda aku nak cakap. But bila dah taip jadi kacau bilau sebab terlalu banyak faktor yang sangat tak proPBS di peringkat perlaksaan, iaitu di sekolah.

Kalau nak pembelajaran holistik. Aku rasa sekarang walau belum betul2 holistik at least we are getting there. Banyak sangat aliran untuk pelajar pilih. Kat sekolah harian biasa pun banyak dah subjek vokasional, teknikal yang dioffer. Tak macam aku sekolah dulu. Apatah lagi time mak aku sekolah dulu.

Nak kata exam oriented. Tak juga. PMR English for example, PBS 10%. Sama macam BM. KHB pun ada PBS.

SPM lagilah. Science dengan PEKA, BM/BI dgn PLBS, PSV dengan folio, ERT, subjek-subjek vo-k..semua ada PBS.

Yang mengexam orientedkan semua ini bukan di peringkat sekolah tapi di peringkat kebangsaan. Bila result keluar, semua media massa fokus berapa A, sekolah mana 100% A, sekolah mana terbaik, pelajar mana terbaik. Sekolah ke cikgu ke ada war-warkan benda ni semua? Semuanya media.

Satu lagi culprit. KPM sendiri. NKRA mesti melonjak 300 tempat bagi sekolah menengah. Macamana nak lonjak? Peningkatan peratus lulus dan penurunan GPS? Semua tu apa? Result exam! Jadi nak tak nak memang terpaksa fokus kepada exam. Kalau tak nanti pengetua pergi meeting kena gelak oleh sekolah lain sebab tempat tercorot..

Susahlah. Nak prestasi meningkat tapi tak nak exam. TOlonglah. Tanya ke akar umbi. Pelaksana iaitu cikgu-cikgu DAN stakeholder terpenting iaitu pelajar.

Jangan semata2 nak kurangkan bajet kertas, masa depan anak-anak kita diperjudikan.

DEAR KAWAN...

Dear Kawan.

Aku memang serius minta maaf dengan kau. Kalau aku out of boundries memang yelah tu.

Aku cuma harap kau sihat sejahtera Kawan. Harap kau sentiasa bahagia. Memang sedih bila fikir aku dah pun kehilangan kau. Kau dari dulu memang kawan yang tak pernah berkira dengan aku. Besar jasamu kawan kepada aku n family aku.

Serius aku rindu kat kau.

Aku harap kau faham bukan aku sebelahkan mak kau. First and foremost kau kawan aku. Apa yang mak kau cakap bukan aku amik port sangat pun. Aku cuma nak kau ambil jalan yang makan diri kau sendiri. Trust me. I've been there. Kenapa kau ingat aku bercinta sampai 10 tahun baru dapat kahwin.

Kawan.

Dengan mak kau aku pernah cakap "give her time and space, makcik. Kalau makcik berkeras sangat kang dia terus hilang, lagi susah." Itu nasihat aku kepada mak kau. Aku tak pernah setuju dengan tindakan mak kau sebenarnya. Kalau aku di tempat kau pun aku akan tertekan. Gila ah.

Aku buat apa yang aku buat bukan sebab racun dari mak kau, Kawan. Itu aku nak kau faham. Aku buat apa yang aku buat sebab kaulah antara kawan aku yang baik di dunia ni. Mungkin kebodohan aku menengok kalendar petunangan Jaja ada hikmahnya. Mungkin kita berdua masih belum bersedia untuk face to face.

Kalau kau tak nak cakap dengan aku lagi, aku nak buat macamana. Cuma aku harap one day kau dapat terima aku balik.

Aku rindu kat kau Kawan.

Aku.

BASIC ENGLISH SECOND EDITION

Diam tak diam dah nak masuk dua tahun aku jadi isteri Mr Samurai. Cepatnya. Aku harap tak jadi macam tahun lepas. Sibuk celebrate wedding orang lain. Anniversary aku takda siapa nak celebrate.

......

Kecoh sungguh. Pasal baju pun mau gaduh-gaduh. Cubalah buat sendiri kalau orang lain buat tak perfect.

PENGALAMAN KELUARGA SAYA BERURUSAN DENGAN KELUARGA B@B!

Semalam, lepas Maghrib, aku, Samruai and superKamil balik rumah ibu kejap. Biasalah, kakitangan kerajaan. Adalah aktiviti jualan-jualan yang tak berapa nak langsung. Aku nak hantar order barang plastik berjenama mewah milik ibu dan kawan serta mengambil order pinggan mangkuk kaca syarikat yang tak pernah kalah milik kawan-kawan aku dari ibu.

Dalam perjalanan balik ke Tanjong Karang, kat area Bukit Beruntung, lepas-lepas BB3, tetiba Samurai menjerit sambil mengucap. Aku yang tengah menidurkan superKamil turut terpana, terkesima. Sederet keluarga En Babe melintas jalan secara berpoya-poya. Kata orang putih, jaywalking. Kata orang Jawa, nyeruntul. Confident gila.

Aku suspek spesis wildboar tapi wildboar jenis townlah. Takdalah hitam. Macam kelabu-kelabu sikit. Ataupun mungkin mereka dipalit lumpur? Entahlah.

En Babe lepas. Pn Babe lepas. Tetiba bumper warung aku ada bunyi 'tud' sikit. Sekali rupanya anak sulung mereka, Jonny Babe tak lepas bontot kanannya. Kesian. Tapi selamatlah. Cuma balik kena sapu minyak panas.

Bumper warung agak cedera. Bunyi tud saja. Tapi calar teruk and klip bumper tanggal. Sampai Tanjong Karang, kami pun samak kereta tersebut.

Mencabar sungguh pengalaman saya malam semalam.

BILA TAK ADA CONNECTION BERDUYUN_DUYUN IDEA NAK TULIS

Waha.. Lamanya.. Lamanya... Lamanya..

Recap. Jadual baru dah keluar Jumaat lepas. Sangat tak menarik jadual aku this time around. Sungguh menolak. Aku hantat jadual photostate kat office. Tak amik lagi. Naluri hatiku berkata sekarang aku ada kelas. Tapi malasnya nak pergi office ambil jadual beserta barang-barang lain yang aku photostate.

Sungguh tak condusive letak pejabat sejauh alam dari bilik guru. Then kena buka kasut pulak. Cuba korang fikir. Mana goverment office kat dalam Malaysia ni yang shoes off? Semua shoes on. Hanya sekolah-sekolah sahaja rajin nak shoes off, shos off ni.

Penat wo..dahlah gila jauh coordinates building tersebut. sampai lak kena bukak kasut. Masuk tak sampai 2 minit keluar nak pakai kasut balik. Gila ah. Kang pakai sandal je, buatnya Pengarah JPNS buat acara rajin melawat sekolah aku nak jawab apa pasal etika berpakaian ketika tugas rasmi. Dahlah name tag aku tak pakai.

BTW. Merujuk kepada pakai-pakaian ni, JPN Johor lebih mementingkan imej guru-gurunya dari Selangor kot. Ni bedasarkan observation aku di beberapa sekolah di 2 buah negeri ni. Di Johor cikgu PJ pakai baju PJ pun pakai name tag.. Kalau di sini, jangan kata pakai name tage, baju pun tak tuck in. Macam mana student nak tuck in baju. Pakai sandal sreeet, sreeet, pastu nak marah budak-budak pakai selipar.

Apa aku membebel ni. Aku baru teringat, aku pegi photostate surat tak sign. Mampus!