Dear Kawan.
Aku memang serius minta maaf dengan kau. Kalau aku out of boundries memang yelah tu.
Aku cuma harap kau sihat sejahtera Kawan. Harap kau sentiasa bahagia. Memang sedih bila fikir aku dah pun kehilangan kau. Kau dari dulu memang kawan yang tak pernah berkira dengan aku. Besar jasamu kawan kepada aku n family aku.
Serius aku rindu kat kau.
Aku harap kau faham bukan aku sebelahkan mak kau. First and foremost kau kawan aku. Apa yang mak kau cakap bukan aku amik port sangat pun. Aku cuma nak kau ambil jalan yang makan diri kau sendiri. Trust me. I've been there. Kenapa kau ingat aku bercinta sampai 10 tahun baru dapat kahwin.
Kawan.
Dengan mak kau aku pernah cakap "give her time and space, makcik. Kalau makcik berkeras sangat kang dia terus hilang, lagi susah." Itu nasihat aku kepada mak kau. Aku tak pernah setuju dengan tindakan mak kau sebenarnya. Kalau aku di tempat kau pun aku akan tertekan. Gila ah.
Aku buat apa yang aku buat bukan sebab racun dari mak kau, Kawan. Itu aku nak kau faham. Aku buat apa yang aku buat sebab kaulah antara kawan aku yang baik di dunia ni. Mungkin kebodohan aku menengok kalendar petunangan Jaja ada hikmahnya. Mungkin kita berdua masih belum bersedia untuk face to face.
Kalau kau tak nak cakap dengan aku lagi, aku nak buat macamana. Cuma aku harap one day kau dapat terima aku balik.
Aku rindu kat kau Kawan.
Aku.
BASIC ENGLISH SECOND EDITION
Oleh
u l t r a b a e
on 6.5.10
/
Comments: (0)
Diam tak diam dah nak masuk dua tahun aku jadi isteri Mr Samurai. Cepatnya. Aku harap tak jadi macam tahun lepas. Sibuk celebrate wedding orang lain. Anniversary aku takda siapa nak celebrate.
......
Kecoh sungguh. Pasal baju pun mau gaduh-gaduh. Cubalah buat sendiri kalau orang lain buat tak perfect.
PENGALAMAN KELUARGA SAYA BERURUSAN DENGAN KELUARGA B@B!
Oleh
u l t r a b a e
on 31.3.10
/
Comments: (0)
Semalam, lepas Maghrib, aku, Samruai and superKamil balik rumah ibu kejap. Biasalah, kakitangan kerajaan. Adalah aktiviti jualan-jualan yang tak berapa nak langsung. Aku nak hantar order barang plastik berjenama mewah milik ibu dan kawan serta mengambil order pinggan mangkuk kaca syarikat yang tak pernah kalah milik kawan-kawan aku dari ibu.
Dalam perjalanan balik ke Tanjong Karang, kat area Bukit Beruntung, lepas-lepas BB3, tetiba Samurai menjerit sambil mengucap. Aku yang tengah menidurkan superKamil turut terpana, terkesima. Sederet keluarga En Babe melintas jalan secara berpoya-poya. Kata orang putih, jaywalking. Kata orang Jawa, nyeruntul. Confident gila.
Aku suspek spesis wildboar tapi wildboar jenis townlah. Takdalah hitam. Macam kelabu-kelabu sikit. Ataupun mungkin mereka dipalit lumpur? Entahlah.
En Babe lepas. Pn Babe lepas. Tetiba bumper warung aku ada bunyi 'tud' sikit. Sekali rupanya anak sulung mereka, Jonny Babe tak lepas bontot kanannya. Kesian. Tapi selamatlah. Cuma balik kena sapu minyak panas.
Bumper warung agak cedera. Bunyi tud saja. Tapi calar teruk and klip bumper tanggal. Sampai Tanjong Karang, kami pun samak kereta tersebut.
Mencabar sungguh pengalaman saya malam semalam.
BILA TAK ADA CONNECTION BERDUYUN_DUYUN IDEA NAK TULIS
Oleh
u l t r a b a e
on 30.3.10
/
Comments: (0)
Waha.. Lamanya.. Lamanya... Lamanya..
Recap. Jadual baru dah keluar Jumaat lepas. Sangat tak menarik jadual aku this time around. Sungguh menolak. Aku hantat jadual photostate kat office. Tak amik lagi. Naluri hatiku berkata sekarang aku ada kelas. Tapi malasnya nak pergi office ambil jadual beserta barang-barang lain yang aku photostate.
Sungguh tak condusive letak pejabat sejauh alam dari bilik guru. Then kena buka kasut pulak. Cuba korang fikir. Mana goverment office kat dalam Malaysia ni yang shoes off? Semua shoes on. Hanya sekolah-sekolah sahaja rajin nak shoes off, shos off ni.
Penat wo..dahlah gila jauh coordinates building tersebut. sampai lak kena bukak kasut. Masuk tak sampai 2 minit keluar nak pakai kasut balik. Gila ah. Kang pakai sandal je, buatnya Pengarah JPNS buat acara rajin melawat sekolah aku nak jawab apa pasal etika berpakaian ketika tugas rasmi. Dahlah name tag aku tak pakai.
BTW. Merujuk kepada pakai-pakaian ni, JPN Johor lebih mementingkan imej guru-gurunya dari Selangor kot. Ni bedasarkan observation aku di beberapa sekolah di 2 buah negeri ni. Di Johor cikgu PJ pakai baju PJ pun pakai name tag.. Kalau di sini, jangan kata pakai name tage, baju pun tak tuck in. Macam mana student nak tuck in baju. Pakai sandal sreeet, sreeet, pastu nak marah budak-budak pakai selipar.
Apa aku membebel ni. Aku baru teringat, aku pegi photostate surat tak sign. Mampus!
KADANG_KADANG LIFE IS VERY FUNNY
Oleh
u l t r a b a e
on 24.2.10
/
Comments: (0)
Sahabat.
Aku minta maaf kalau aku terlupa daratan pada hari itu. Tah macam mana aku bercakap tanpa memikirkan perasaan kau yang sedang menanggung duka. Tatkala perut dipanahi luka.
Doktor-doktor itu memang zalim membiarkan kau terjaga dengan sesuatu berharga tidak lagi di sampingmu.
Tapi aku memang gila zalim dengan menambah perit di hatimu.
Maafkan aku sahabat.
BILA YANG MEMIMPIN ITU MELAYU
Oleh
u l t r a b a e
/
Comments: (0)
I tell you what.
I think its about time you stop being a Malay,
and start being a leader.
How's that?

