RSS

EH..KANTOI LA PLAK

Melepak-lepak atas stage.
Pengetua sedang membebel.
Aku pun tak sure biji butir dia.

Tetiba Kak As cuit bahu aku. Hulur kertas. Tertulis on that paper,

"hati pink ye?"

Cit... Cam kantoi la plaks..
Internet savvy rupanya cikgu-cikgi sekolah aku ni..

THE JOURNEY HOME

Chinese New Year 2008. 1st national holiday aku as a career woman. Penatnya bekerja ni. Aduh. Hanya orang yang bekerja saja yang tahu.

I'm ok now. Better than I was 3 months ago. Waktu mula-mula sampai at Bandar Tenggara. Aku dah boleh accept that kat sini there are no street lamps. There are no french fries. Otak-otak banyak.

And aku dah boleh accept anak-anak murid aku. The timetable was reshuffled twice. And I ended up with 30 periods a week in my hand. Right now i have 1 form 2 class, 1 form 3 class, 3 form 4 classes and 1 MUET class. Memang there's no time to lepak in the staff room. Not that I'm complaining. Aku suka. I really enjoyed my students. Budak sekarang nak marah pun tak boleh. Jawapan-jawapan yang aku selalu recieve from them aku kene gelak seorang diri dalam hati.

Tapi yang menyakitkan hati pun ada. Baru last week aku halau seorang out from my class. Budak tu memang dasar mat rempit berani mati. Baru je back to school from an accident. Dah buat hal. Aku don't mind sangat kalau dia mengarut seorang diri. But bila dah dia ajak budak lain berborak tak ke hangin aku satu badan.

My MUET class pulak sangat la dewasa lagaknya. Agaknya budak Form 6 ni matlamat mereka study tanpa batasan. Penuh consentration yang melampau. Senyap sunyi. Sebab asyik masuk kelas remaja post puberty aku jadi blur semacam the first day I entered their class.

But yang aku paling jaki sekali bila dah banyak sangat kelas ialah banyaklah buku yang aku nak kene mark. Bosan!!

Friends pun aku dah mula dapat. Kutu-kutu rayau yang sebaya dengan aku pun telah dapat dikumpulkan dengan jayanya. Relaxation kami akan bercorak retail therapy. The best part about being a career woman ni ialah aku boleh apply yang RETAIL part tu. Sebelum-sebelum ini cuma berangan je membuat purchasing. Tapi sekarang tidak lagi.

As I mentioned, Chinese New Year 2008 ni is the 1st national holiday aku sebagai career woman. And as career woman juga aku dan kutu-kutu rayau aku pulang ke kampung. Punyalah banyak ammendments yang kami buat. Dalam keadaan aku yang demam, pening, mabuk laut, aku jadi blur yang amat terhadap itenary mereka yang terbaru. Jadinya, barulah di hening Subuh aku dapat tau Cikgu Gondol nak berdating ke Misvalley sedangkan Cikgu Kida hendak menuju ke Shah Alam, sambil mencampak Cikgu Bola di Nilai. Cikgu Roket jadi pening sebab dia langsung tak ada options macam aku. Dari aku naik dengan Cikgu Kida melencong ke Shah Alam, baik aku tumpang Cikgu Gondol ke Midvalley. Komuter Midvalley straight ke Rawang lalu terus ke kampung halaman. Dengan niat suci dan murni aku call Samurai untuk inform dia tentang perkembangan terkini kami. Oleh kerana aku lupa nak bagitahu dia waktu kami nak bertolak di hening Subuh tadi (lupa+pening+demam+selsema+mabuk laut) maka Samurai pun mengeluarkan pedangnya. Malas dah aku nak inform. Tak pasal-pasal pedang samurai libas kat kepala aku.

Lalu tindakan drastik aku menjadi punca pergaduhan buat malam ini. Ingat nak bagitahu esok secara 4 mata. Tapi panggilan petang tadi merupakan panggilan kantoi. Maka...entahlah.

This is just a phase. This is just a phase. This is just a phase.

Lepas ni aku nak journey back pulak. Apa lagilah rintangan aku dalam phase ni lepas ini ya?