RSS

BIAR BETIK DORANG NI...

Isu ni nak kata basi pun belum la basi sangat..Cuma kata nak minta pendapat rakyat tapi tak ada pun siapa-siapa interview aku ke kawan-kawan aku ke sedara-mara aku ke pasal benda ni...

isshhhkkk.. nak mansuhkan peperiksaan ke? Tinggalkan SPM je? Biar betik! Sebagai cikgu aku memang 100% tidak bersetuju langsung dengan cadangan yang hanya bernas di atas kertas itu.

Dorang pergi tanya professor-professor mestilah jawapanya kita terlalu exam oriented. Idea PBS semata memanglah sangat idealistik. Tapi sebagaimana pandangan idealistik yang lain, secara praktikalnya sangat tak praktikal.

Ok. Nak PBS? Boleh. Tapi jangan buat 100%. Buatlah PBS 50% exam 50% misalnya. Ini pada aku lebih holistik. Yang exam ni pun budak tak sentuh langsung buku, langsung tak nak cari ilmu tambahan, apatah lagi kalau tak ada exam.

Ikut apa yang aku belajar dulu. Pembelajaran berlaku apabila ada perubahan tingkah laku. Maksudnya daripada tak tahu kepada tahu. Pembelajaran ini pula boleh dan perlu diukur. Caranya? Melalui ujian. Siap kalau dalam pembinaan item, kita patut ada pretest and post test. Bila pembelajaran itu sudah diukur, barulah kita tahu nak sambung aras pembelajaran seterusnya atau nak ulang balik apa yang pelajar belum faham. Itu textbook tau. Bukan aku yang kata.

Lepas tu pulak tujuan exam ni bukan sahaja mengukur kemampuan pelajar. Tapi ianya juga menunjukkan aras perkembangan guru. Cikgu berjaya tak bagi pelajar faham. Ok. Cara ni murid aku tak faham. Kalau kita cuba cara lain, macamana?

Macam itulah pentingnya exam. Mengukur performance. Murid dan guru. Kalau semata-mata PBS, performance murid mungkin kita boleh nampak. Mungkin. But performance guru. Even sekarang pun untuk PBS ada yang terpaksa bagi markah dummy sebab pelajar pindah sekolah tak bawa evidance, sebab berhenti sekolah lepas tu masuk balik, pelajar hantar evidance, bilik dokumen kena pecah, banyak masalah teknikal.

Actually sebelum aku start menaip pasal ni banyak benda aku nak cakap. But bila dah taip jadi kacau bilau sebab terlalu banyak faktor yang sangat tak proPBS di peringkat perlaksaan, iaitu di sekolah.

Kalau nak pembelajaran holistik. Aku rasa sekarang walau belum betul2 holistik at least we are getting there. Banyak sangat aliran untuk pelajar pilih. Kat sekolah harian biasa pun banyak dah subjek vokasional, teknikal yang dioffer. Tak macam aku sekolah dulu. Apatah lagi time mak aku sekolah dulu.

Nak kata exam oriented. Tak juga. PMR English for example, PBS 10%. Sama macam BM. KHB pun ada PBS.

SPM lagilah. Science dengan PEKA, BM/BI dgn PLBS, PSV dengan folio, ERT, subjek-subjek vo-k..semua ada PBS.

Yang mengexam orientedkan semua ini bukan di peringkat sekolah tapi di peringkat kebangsaan. Bila result keluar, semua media massa fokus berapa A, sekolah mana 100% A, sekolah mana terbaik, pelajar mana terbaik. Sekolah ke cikgu ke ada war-warkan benda ni semua? Semuanya media.

Satu lagi culprit. KPM sendiri. NKRA mesti melonjak 300 tempat bagi sekolah menengah. Macamana nak lonjak? Peningkatan peratus lulus dan penurunan GPS? Semua tu apa? Result exam! Jadi nak tak nak memang terpaksa fokus kepada exam. Kalau tak nanti pengetua pergi meeting kena gelak oleh sekolah lain sebab tempat tercorot..

Susahlah. Nak prestasi meningkat tapi tak nak exam. TOlonglah. Tanya ke akar umbi. Pelaksana iaitu cikgu-cikgu DAN stakeholder terpenting iaitu pelajar.

Jangan semata2 nak kurangkan bajet kertas, masa depan anak-anak kita diperjudikan.