RSS

KAMIL DAPAT HADIAH LAGI

Ini anak saya, bukan Faizal Tahir. Sila jangan confuse, ok?




Thank u Bibik Lina bagi Kamil t-shirt yang "It's so you, Kamil. It's so you" ni. Baju je ke? Spendernya mana?

HUKUMAN ROTAN

Pagi. Sejuk. Dingin. Kalau tidur, perggrrhhh... sedap.

Perhimpunan Pagi. Sejuk. Dingin. Kalau tidur, perggrrhh... sedap.

Tiba-tiba, keheningan pagi itu dicabar oleh kehadiran seorang guru lelaki berbangsa Cina. Tergopoh-gapah dia turun ke Dataran Perhimpunan.

"Cikgu Radziah panggil saya?," tanya guru lelaki itu dengan muka penuh concern.

"Eh, tak ada pun," jawab Cikgu Radziah.

"Tapi ada budak panggil saya kata Cikgu Radziah cari," balas si dia lagi.

"La, saya suruh dia cari rotan. Bukan panggil Mr Tan."

SIRI BERCAKAP DENGAN CIKGU ROSE

"Boleh tu memang boleh, tapi gila ko. Gaji je skang dah 1k. Pastu plak nak socso bagai. Aku orang miskin. Kredit kad pun x de."

Kata aku kepada Cikgu Rose bila dia kata nak berhenti kerja dan menjadi babysitter Kamil.

COUSIN IPAR TAK JADI SAYA

Ada this one girl. She used to date one of my cousin. Aku pun baru tau yang dia no longer date my cousin. Lagi kelakar, siap dah kahwin dengan orang lain.

No wonder you are no longer around. Hehe..Punyalah aku ni x brapa update.

All I'm trying to say is, eventhough our meetings were always brief, I'd be lying if I say I'm not fond of you. I think you are a great bubbly person that spreads bubbly-ness to the people around you.

Congratulations. I bet it was a wonderderful wedding and I'm sure it is going to be a blissful marriage. Too bad it was not us who were celebrating you. Have a great live and don't ever stop being bubbly.

Me.

FLASHBACK : "MUSUH" BAIK SAYA

"Its so you, bae. Its so you."

Apalah khabar budak tu sekarang?

CIKGU ROSE Ver 2.1


Korang tengok sendiri poster dia pun boleh bajet mentaliti dan exposure penontonnya kan.


UCAPAN YANG TERTINGAL

Pyzam Glitter Text Maker
Glitter Graphics Maker & MySpace Layouts

30 TAHUN SUAMI SAYA MENJADI MANUSIA

Semalam birthday Mr Samurai yang ke 30. Sweet 30 rupanya suami aku dah. Dalam planning aku pelbagai2 aktiviti yang menarik telah disenaraikan. Malangnya ongkos bulan ini amat tidak memberangsangkan lalu aku menghadkan acara kepada makan pecal di malam hari. Itu pun mak mentua aku yang buat pecal tersebut.

Therefore, my dearest husband and the love of my life,

Thank you for always being there, here and everywhere for the past 10 years.
Sorrylah ye kalau ada birthday-birthday yang orang terlupa dulu-dulu tu. Maklumlah, time diploma dulu pernah termakan lolipop ditawan oleh semut durjana. Jadi pelupa yang amat.

Hehe..Semoga abang panjang umur, dimurahkan rezeki dan kasih yang membuak-buak kepada diri ini dan anak kita. Semoga semua yang kita plan untuk masa depan menjadi kenyataan. Sayang abang sangat .

Nota hidung : Hadiah lepas gaji ek? ^.^

CIKGU ROSE Ver 2.0

Aku baca blog Cikgu Rose tadi. Satu ayat dari dia:

"..kami kan grup yg tgk gol n gincu..mana nk seiring ngn grup yg tgk SEMBILU KASIH...hahaha.."

kuang kuang!! lama sungguh aku tak guna Sembilu Kasih sebagai wacana ke-tidak-urban-an orang-orang disekeliling aku..

KISAH SAYA DENGAN KAWAN BAIK SAYA


First semester aku di UTM aku duduk sebilik dengan Sha. Budak Maths dia ni. As a pelajar pendidikan kami semua kena ambil this one sunject “Falsafah Pendidikan.” Tapi kami berlajar di seksyen lain-lain. Aku dengan classmates aku aja. Sha campur-campur dengan course lain.

One day, Sha balik bawak cerita, tengah-tengah dorang menghafal Falsafah Pendidikan Negara dalam kelas dia, kat row belakang ada budak tengah bercakap.

“Kamu di belakang tu buat apa,?” tanya Encik Shahrin, lecturer seksyen tu.

“Berbincang Encik,” jawab budak perempuan tu dengan penuh confident.

“Berbincang?” Encik Shahrin bermula. “Kepala hotak awak.” Sambung Encik Sharin dengan penuh sopan dan santun.

So the phrase “KEPALA HOTAK AWAK” dengan nada yang sopan dan santun itu menjadi ayat favourite kami sepanjang-panjangnyalah.

Masuk semester 2, aku berkenalan pula dengan geng-geng SPK, budak Kimia mereka ni. Pandai budak-budaknya. Gila kau. Belajar kimia. Perghh..aku kimia SPM pun drop.
Antara mereka ni, yang paling terkamcing dengan aku ialah MIMIKO.

Memang kamcing gila. Ke hulu hilir memang bersama. Adik beradik dia semua aku kenal. Mak dia, kakak ipar dia, anak-anak saudara dia. Balik dari UTM sama. Pergi balik UTM sama.

Sampai final semester, Akak Ketua Blok (sorry kak, lupalah nama akak apa), siap Tanya kitorang ni lesbian ke. Gila. Ada ke patut. Jawapan Mimiko lagi best.

“Kalau aku nak jadi lesbian, tak adanya aku nak cari partner yang garang macam tu. Asyik kena marah je. Alang-alang nak jadi lesbian baik cari yang manja-manja. Puas hati!”

Reenactment "milo ais cincau" hasil adaptasi friendster tutor photoshop kitorang bersama aweknya. Dah kahwin kot encik tu. Hobi betul time tu men-stalk friendster dia. "Pertama kali di rumah Azie" je takde reenactment.


Kitorang dengan penuh gaya memakan moi sup kat UTM.



Acara memakan aiskrim di tasik sebelum A'ai memakan aiskrim aku tanpa prejudis. Kelihatan Mimiko cuba mencopet aiskrim saya.


Hari-hari terakhir kami kat UTM. Ni lepas-lepas PSM presentation aku.


Sekarang ni, Mimiko berada di seberang lautan. Mendidik anak bangsa orang lain. Tapi kami still kamcing seperti dulu.

Baru-baru ni aku dapat tahu, yang dia dapat tuduhan lesbo lagi kat sana sebab member baik dia seorang wanita juga. Ahh gila. Kang keluar dengan jantan kata perempuan murahan. Keluar dengan perempuan kata lesbian. Ko kuar dengan monyet je la Na. Paling tinggi pun orang tuduh ko bercinta monyet.

Tapi yang paling kelakar amat. Budak (budak ke?) tersebut rasa kewanitaannya tercabar dan menyebarkan berita dia tak apa-apa. Mimiko je yang terhegeh kat dia.

Rilek la Cik Cinta. Gabra apa pasal? Ke anda yang ada perasaan cinta kat kawan saya? Hahaha.. Tkadelah. Rileks. Jangan marah. Manusia memang macam tu. Suka beri tanggapan yang negatif walau tak tahu cerita sebenar. Anggap je dorang tak urban. Apa susah. Ni main tikam belakang ni. Haiyoo. Tak baik tau itu macam. Bukan nak masuk campur. But I know Lina well better than you do. Lagi lama gila dari anda kenal dia. Tak menda pun budak tu. Tak nak layan, senyap je. Tak payah nak defend diri anda dari orang-orang yang tak urban tu.

Nota bulu hidung : Final year tu jugak aku dapat tahu yang insan Kepala Hotah Awak itu ialah Mimiko. Chet!

KEEP HOLDING ON

Huuaaarrrggghhh...

Betul ke apa yang aku tengah buat ni?
Patut ke?

Tapi patut ke apa yang dia buat kat aku?
Tak patut kot.

BAPAK

Bapak passed away when I was 13. sekarang umur aku dah 29. means dah 16 years bapak pergi meninggalkan kami sekeluarga.

Sejak Bapak meninggal, jarang sekali aku fikirkan tentang Bapak. Tapi lately ni, sekejap-kejap, ingatan aku melayang kat Bapak. All the memories yang aku simpan jauh, jauh, jauh dulu semuanya muncul kembali.

It all coming back to me now kata Celine Dion. Cewah.

Biasanya father’s day pun aku lalui dengan selamba bersama kodok. But this year. This father’s day. Impactnya lain sungguh pada hati aku yang keras macam batu ni. Mungkin sebab aku dah anak.

Mr Samurai pula bahasakan diri dia bapak dengan SuperKamil. Jadi mula-mula dia sebut “anak bapak” aku yang tertoleh-toleh. Aku yang tercari-cari. Sebab itulah gelaran untuk aku dulu-dulu.

Memang aku manja gila dengan arwah Bapak. Memang anak Bapak dalam erti kata sebenar. Jadi bila Bapak meninggal aku betul-betul lost. Tak tahu nak pergi mana. The heartache yang aku tanggung aku tak tahu nak letak mana. Tak reti macam mana nak soothkan. In the end, aku jadi rebellious, memberontak tak tentu pasal. Sikit-sikit mengamuk. Sikit-sikit mengamuk. Mengamuk pulak bukan sikit-sikit.

Bapak.

Sekarang aku dah agak biasa dengar bapak dari mulut Samurai. Tapi pedihnya makin kian terasa.

15 tahun aku cuba hilangkan Bapak dari hati aku. Sampaikan bila orang tanya aku, apa yang aku ingat pasal Bapak, aku serius tak boleh jawab. Biasanya Lam yang suka tanya dengan aku camtu. Sebab Bapak ialah abang dia yang dia paling rapat.

Bila aku tengok Samurai layan Kamil, aku terfikir, macam ni kot Bapak layan aku dulu-dulu.
Bila aku tengok Samurai dukung Kamil, aku terfikir, mcam ni kot Bapak dukung aku dulu-dulu.
Bila aku tengok Samurai tidurkan Kamil, aku terfikir, macam ni kot Bapak tidurkan aku dulu-dulu.

Mungkin itu sebabnya Bapak muncul kembali dalam hati aku.

I miss you Bapak. How I wish masa yang kita ada lebih dari 13 tahun. How I wish Bapak still hidup lagi bersama Along.

Love
Your daughter.