RSS

PENGALAMAN KELUARGA SAYA BERURUSAN DENGAN KELUARGA B@B!

Semalam, lepas Maghrib, aku, Samruai and superKamil balik rumah ibu kejap. Biasalah, kakitangan kerajaan. Adalah aktiviti jualan-jualan yang tak berapa nak langsung. Aku nak hantar order barang plastik berjenama mewah milik ibu dan kawan serta mengambil order pinggan mangkuk kaca syarikat yang tak pernah kalah milik kawan-kawan aku dari ibu.

Dalam perjalanan balik ke Tanjong Karang, kat area Bukit Beruntung, lepas-lepas BB3, tetiba Samurai menjerit sambil mengucap. Aku yang tengah menidurkan superKamil turut terpana, terkesima. Sederet keluarga En Babe melintas jalan secara berpoya-poya. Kata orang putih, jaywalking. Kata orang Jawa, nyeruntul. Confident gila.

Aku suspek spesis wildboar tapi wildboar jenis townlah. Takdalah hitam. Macam kelabu-kelabu sikit. Ataupun mungkin mereka dipalit lumpur? Entahlah.

En Babe lepas. Pn Babe lepas. Tetiba bumper warung aku ada bunyi 'tud' sikit. Sekali rupanya anak sulung mereka, Jonny Babe tak lepas bontot kanannya. Kesian. Tapi selamatlah. Cuma balik kena sapu minyak panas.

Bumper warung agak cedera. Bunyi tud saja. Tapi calar teruk and klip bumper tanggal. Sampai Tanjong Karang, kami pun samak kereta tersebut.

Mencabar sungguh pengalaman saya malam semalam.

BILA TAK ADA CONNECTION BERDUYUN_DUYUN IDEA NAK TULIS

Waha.. Lamanya.. Lamanya... Lamanya..

Recap. Jadual baru dah keluar Jumaat lepas. Sangat tak menarik jadual aku this time around. Sungguh menolak. Aku hantat jadual photostate kat office. Tak amik lagi. Naluri hatiku berkata sekarang aku ada kelas. Tapi malasnya nak pergi office ambil jadual beserta barang-barang lain yang aku photostate.

Sungguh tak condusive letak pejabat sejauh alam dari bilik guru. Then kena buka kasut pulak. Cuba korang fikir. Mana goverment office kat dalam Malaysia ni yang shoes off? Semua shoes on. Hanya sekolah-sekolah sahaja rajin nak shoes off, shos off ni.

Penat wo..dahlah gila jauh coordinates building tersebut. sampai lak kena bukak kasut. Masuk tak sampai 2 minit keluar nak pakai kasut balik. Gila ah. Kang pakai sandal je, buatnya Pengarah JPNS buat acara rajin melawat sekolah aku nak jawab apa pasal etika berpakaian ketika tugas rasmi. Dahlah name tag aku tak pakai.

BTW. Merujuk kepada pakai-pakaian ni, JPN Johor lebih mementingkan imej guru-gurunya dari Selangor kot. Ni bedasarkan observation aku di beberapa sekolah di 2 buah negeri ni. Di Johor cikgu PJ pakai baju PJ pun pakai name tag.. Kalau di sini, jangan kata pakai name tage, baju pun tak tuck in. Macam mana student nak tuck in baju. Pakai sandal sreeet, sreeet, pastu nak marah budak-budak pakai selipar.

Apa aku membebel ni. Aku baru teringat, aku pegi photostate surat tak sign. Mampus!