RSS

NASIB BAIK K.P.M HANTAR 1 SEKOLAH 1 I.T TECHNICIAN, BOLEH AKU BLOG HARI2

Walaupun aku baru bermastautin di Bandar Tenggara ni baru mak masuk 8 bulan (ishk..dh lapan bulan dah?), truth be told, Negeri Johor ni bukan yang tempat yang asing untuk aku.

Ibu dan Bapak, ngorat-ngorat dulu kat Johorla. SMK Sultan Ibrahim, Kulai to be exact. Ibu tengah practical time tu. Bapak lak mengambil kesempatan sebagai cikgu senior KH untuk get close to Ibu. Ibu lak mengambil kesempatan sebagai vunerable new teacher untuk menggunakan Bapak untuk merepair cangkul, reban dan shopping di Singapore.

Then, after they got married. Ibu kene posting @ Selangor, and Bapak remain kat Johor. Ibu mintak transfer to Johor and dapat. So after that la baru Ibu pregnantkan aku.

Eventhough aku lahir in Selangor, aku besar kat Johor. Taman Mas, Kulai. Balik Selangor macam wow je kat aku kecik-kecik dulu. Sebab ada sungai, banyak pokok getah. Maklumlah duduk town kan. Then kitorang dapat kuarters kat Felda Bukit Besar. Sebab Ibu ngajar kat SMK Sultan Alauddin in Bukit Besar. So travel time dari Taman Mas nak ke Felda tu gile ah..time tu cikgu-cikgu yang duk Kulai ngajar Bukit Besar, charter teksi, naik ramai-ramai dengan anak-anak penuh satu kete masuk dalam tinggal kitorang kat baby sitter.

Aku darjah 2 Ibu sambung diploma kat MPTI. Atas alasan jarak, kitorang duk pulak kat umah Tok kat Taman Seri Tebrau, Johor Bahru. Time tu bukan orang town lagi dah. Orang city aku time tu. Even time kat Bukit Besar tu aku yang paling global sebab aku slalu pagi Johor. Shopping kat Holiday Plaza, Komtar. Stakat Stulang Laut tu (Skang dah jadi The Zone Datuk K punya) everyweek aku mandi. Umah Tok dekat gila dengan laut. Danga Bay yang glemer tak hinggat walaupun tak ada apa-apa, tempat Paksu bawak anak-anak sedara dia lepak-lepak sambil ngorat-ngorat. (Apalah Paksu. Nak ngorat bawak batalion. Agaknye Paksu nak demonstrate betapa kebapaannya dia)

Nota : Orang Johor panggil JB tu Johor. Nak pegi mana? Nak pegi Johor. Padahal memang duk Johor pun..Pe da..

Then, aku darjah 5 kitorang balik Selangor. Atuk aku belah Ibu sakit-sakit time tu. Tapi Johor tetap menjadi persinggahan. Sebab Tok Teh, Wan and Paksu still duk JB.

Nota 1 lagi : Mula-mula pindah Selangor aku jadi confuse apasal dah pukul 7, orang tak buka puasa lagi. Gila tak puas hati aku time tu.

Then Tok n Wan diambil oleh anak-anak depa duk kat PJ. Rumah JB disewakan sampai sekarang. Tapi Johor tetap tidak asing bagiku. Sebab dari dari tahun 2003 - 2007 aku belajar kt UTM Skudai. Banyak gila perubahan Johor ni. Tol Senai dah tak ada. Jalan Skudai nak g JB pun dah cantik. Waktu aku pindah dari sini, highway baru sampai setakat Pagoh. Itu pun belum siap.

Sekarang ni pula, aku kena duk Bandar Tenggara, Kulai, Johor. Tempat asal aku. Hanya 13 minit dari simpang Bukit Besar tempat aku mandi paya dulu.

Kira patutnya aku dah biasa dengan environment kat sini. Tapi sampai sekarang aku tak faham.
Kenapa orang Johor suka potong kiri?

Come on lah. Dah tentu jalan 2 lanes. Yang belah kanan tu nama dia fast lane. Siap ada signboard lagi "Ikut kiri kecuali memotong". Eh tak..Yang lombab-lombab confident aja kat belah kanan yakni FASTlane itu. Yang memotong, memecut, tak sabar nak mati semuanya di belah kiri. Aku guesslah, orang Johor ni ramai pegi study kat U.S lah..Tu yang jadi confuse tu.

Mengikut observation aku, aku mendapati, cause and effect terhadap fenomena apekejadah ini ialah:

CAUSE : Ramai sangat orang Johor tak tahu yang kita kena drive di lorong kiri. Sekirannya nak memotong, baru BAGI SIGNAL, keluar dengan sopan, potong kura-kura di depan anda, dan MASUK BALIK LORONG KIRI. (henceforth is as THE ANASIR)

EFFECT : Ramai lah orang yang tak sabar dengan The Anasir, jadi mengambil tindakan memotong dari kiri kerana belah lorong kanan telah di hog oleh The Anasir.

Atas observation aku juga, aku mendapati ada beberapa kumpulan sterotype yang termasuk dalam golongan The Anasir ini. Mereka adalah

1. Housewives muda berbangsa Cina yang membawa kereta besar lagi mahal milik suami masing-masing yang bekerja sebagai tokey besar - Aku kata mereka housewives sebab dalam kereta mereka penuh dengan kanak-kanak. Mereka muda kerana kanak-kanak tersebut berusia bawah 13 tahun (aku cikgu jadi aku boleh bajet umur budak. Jangan argue). Kereta tersebut milik suami mereka sebab mereka duduk muka hanya 3 inci jauh dari cermin depan (kerusi gile depan dalam erti kata lain). Suami mereka tokey besar sebab kereta tersebut besar lagi mahal.

2. Lelaki Melayu bawak kereta generation 80an - 90an berusia lingkungan 40 ke 50+ tahun - Ini terjadi pure on the matter of the fact that Malay man at this age, in majority are chuvinistic and believed that they are the greater gender. Malay being that in older society, lelaki sentiasa betul. Ni suma ajaran emak-emak mereka. Tak caya? Just look around you.

3. Pemandu Pajero agensi kerajaan - tak kisahlah agensi apa. Lelaki-lelaki ini (tak kira batasan umur) akan membawa Pajero pinjam mereka dengan kadar perlahan di fastlane. Aku kira kerana mereka pinjam Pajero tersebut, jadi mereka rasa mereka membawa dengan laju. Kalau nak kena saman atas sebab boleh menyebabkan kemalangan, mereka cuma angkat tangan saja sama polis (bukan nama sebenar).

Itu saja hasil dapatan aku buat masa ini. Jangan lupa. Ini bukan sekadar steorotyping yang aku buat atas dasar emosi, observation is also one of the methods to collect data and is valid as long as there are no biasness in the observation. Aku tak bias, sebab aku pun dah jadi orang Johor. Aku pun potong kiri sekarang ni.

3 Komen:

aliq said...

ola my beloved teacher=)..
its been along time since my last visit 2 ur blog...madam,on behalf of 6 intan kingdom=p..i would like 2 thank u 4 d hard work from u to guide us through muet exam..tq,tq,and tq...arigato gozaimasu=)...only GOD can repay u..the truth is,we all love u..till we meet again...daaa...he3(sory,broken english as u already said
)

yusrihashim said...

gua nak tambah satu golongan lagi..golongan yang ader kete modified tapi tak laju...

tumpang lalu....:)

u l t r a b a e said...

si tikus
yelah..kalau bawak laju-laju nanti orang tak nampak pulak kereta dia dah modified.

aliq
i miss all of you too. thank you for the tudung =p