Apabila telah menyalinkan seorang anak, secara automatik aku dapat maternity leave. Matenity leave ni anak-anak dara sekelian, memanglah 60 hari, tapi ..perghh... kene berpantang. Ikutkan hati, tak bagi cuti pun tak apalah, asalkan tak payah berpantang. Pulak tu Mr. Samurai adalah seorang jejaka berketurunan Jawa (Wak Samurai??), pantang aku baring terlebih degree, mulalah tu.
Jadi dengan ini, secara official and cumulativenya, aku mengistiharkan, para makanan yang akan aku tala selepas upacara pantang-memantang ini.
1 Milo ais kaw punya. Lagi kacip (sekadar meminjam vocab celebrity bloggers dewasa ini) kalau dapat milo ais tabur kaw punya.
2 Jus tembikai yang sejuk lagi bersari. Siap dihidang dalam sebuah / sebiji / sebidang gelas kaca berhias hirisan tembikai dan payung kecil.
3 Nasi ayam Makcik Eton depan umah. Mr. Samurai hanya memberi izin aku rasa sesudu nasi ayam tersebut semalam. Aku nak makan 1 pek lepas ni. Kalau boleh dengan pek-peknya sekali.
4 Nasi lemak lauk ayam goreng. Perghh....
5 Aiskrim berperisa esotik yang nyaman lagi mendamaikan.
6 Nugget yang dideep fry lalu dihidang panas. Penuh kepul-kepul asap yang keluar bila dipotong ala-ala dalam iklan. Nak makan kena tiup ffuuhhh ffuuuhh dulu.
7 Mee kari ibu buat. Penuh ditaburi dengan decoration yang memurnikan lagi penampilannya.
8 Roti canai kedai mamak. Tak kisahlah mamak mana, asalkan mamak. Cicah pulak dengan kari periuk recycle 5 tahun tak basuh. Fulamak. Besok pergi sekolah, pegang kapur pun aroma kari menari-nari.
9 Sushi dadah di 101 Mall Kulai. Ni yang agak payah. Sebab kedudukan geografi dia melampau punya jauh. InsyaAllah, Kamilchan dah bujang pun belum tentu aku dapat makan lagi. Ada sesiapa kat Kulai nak poskan sushi dadah ni kat aku? Kedai dia depan Encik KFC, sebelah Encik Pizza. Kalau tak ada, sushi Jusco pun jadilah.
10 Super Supreme Encik Pizza. Sedapnya Encik Pizza ni. Memang makanan aku. Tapi yang tak berapa bestnya, bila di Tanjong Karang, Encik Pizza yang paling hampir ialah di Kapar. Untuk pengetahuan korang, Encik Pizza kat Kapar ni, gila haprak servis dia. Bukan aku saja yang kata, cikgu-cikgu DG44 pun ramai yang kata. Macam makan kat kedai nasi campur je atmosphere dia.
11 Encik Mekdonel. Encik Mekdonel ni pun payah gak nak jumpa bila dah terperuk kat Tanjong Karang. Balik-balik yang ada Encik KFC, tak best langsung.
12 Cheese cake dari kedai kek.
14 Roti dan pastri yang berintikan benda-benda yang savoury. Uhuuuu. Sedapnya.
15 Ice blended mochacino. Cehh..beria nak ice blended mochacino. Padahal selama ni ice blended nescafecino je.
16 Honeydew. Pulak tu yang dah siap dipotong comel-comel. Then letak pulak dalam fridge dalam setengah jam. Sejuk, nyaman. Memang sesuwai lah dengan cuaca Tanjong Karang yang panas terik tu.
17 Tembikai. Pun dalam konteks persembahan sama seperti nombor 15.
18 Pisang / Ubi / Keledek goreng. Digoreng garing oleh ibu mertuaku. Dicicah pulak dengan sambal kicap yang aku bawa pengaruhnya dari Johor. Dipotong pulak dalam bentuk bite size yang aku selalu suruh Mr Samurai buat time aku pregnant dolu-dolu. Agaknya Mr Samurai nak tak layan kengadaan aku tatkala badan yang berbadan dua dulu tu dah jadi dua ketul badan?
Kalau nak diikutkan, semua yang sejuk beku, bergoreng sakan, pedas menyinga semua aku nak makan sekarang ini.
Bak kata Mr Samurai, "sekarang je tu. Kang dah abis pantang, takda maknanya."
0 Komen:
Post a Comment