RSS

FOCUS ON GRAMMAR

Itu ialah tajuk buku yang ada atas meja aku sekarang ni.

Aku rasa macam semacam pun ada. Kelakar pun ada hari ni. Merujuk kepada entry aku yang previous. Laptop aku ada problem dengan protocol dia jadi sekarang-sekarang inilah baru aku dapat menge-check blog ini. Then aku teserempaklah dengan komen kedua dan ketiga pada entry aku tentang habis berpantang.

Tak sangka ya, orang Tanjong Karang ni sensitif belaka rupanya. Haha. Aku kata padang jarak padang tekukur pun nak marah. Dah memang begitu lagaknya tempat ini pada hemat aku. Diulangi PADA HEMAT AKU. Jadi, pada hemat akulah.

Macam orang selalu dok kata kampung aku di Kuala Kubu Bharu tu tempat jin bertendang. Mana mungkin aku boleh marah sebab memang tempat tu memang tempat jin bertendang. Dah itu hemat diorang kat kampung akukan. Pasal dia tu tempat jin bertendang-tendang so that why aku merantau keluar.

Jadi, kesimpulannya, aku merasakan tempat aku sekarang ni gila korok, that my opinionlahkan. Bukan aku yang teringin sangat duduk kat sini. Dah dalam perut mak aku, aku ditanya, setujukah kau tinggal di padang jarak padang tekukur menjelang umur kau 29 tahun selepas kau berkahwin, aku pulak pergi jawab ya, ana setuju. Aku nak wat camnalahkan. Dah jodoh aku kawin dengan orang sini. Pastu lak orang tu duduk sini jugak lepas puas merantau. Aku nak wat camna, kan.

The point is, aku yang tak puas lagi merantau. Aku apply kembali ke Selangor pun kerana itu tanggungjawab aku sebagai isteri. Aku bukan macam anda, dari kecik sampai besar kat tempat yang sama.

So, oleh kerana aku dah banyak pergi ke tempat orang lain, PADA HEMAT AKU, tempat ini tak bes, belum best tapi mungkin akan best bagi aku. OK?

Hishh. Anak aku nak kena membesar jadi orang kampung ke?

0 Komen: