Akan adanya hari yang dulu aku kurang senang dengan tindakan Kementerian Pelajaran Malaysia menempatkan aku di negeri Johor, kini aku semakin tenang dan semakin boleh menerima ketentuan ini.
Atas tindakan drastik kawan-kawan aku yang posting kat Johor jugak menalipon Jabatan Pendidikan Negeri Johor untuk mendapatkan slot daerah memasing, aku pun menghubungi JPNJhr atas bantuan nombor dari Cikgu Nini. Aku pun call..
Dengan begitu efisyennya sekali brader yang angkat tepon tu mintak nombor IC aku. Kiranya JPNJhr telah menyediakan sebuat direct line untuk kegunaan kami yang tercangak-cangak ni. Syabas diucapkan. Dengan begitu confident gak aku bagi no IC aku.
"8***** 10 ***4"
"Ultrabae" kate brader tu.
"Ye. Tepat sekali" aku menjawab.
"Hmm..Kulai. Lapur diri 1 November" balas brader tu.
"Saya nak lapur diri kat mana?" aku tanya lagi dengan begitu coolnya padahal elated tak memasal.
"Kat PPD Kulai" brader tu layan aku.
"OK. Terima kasih" aku mengahiri perbualan.
Ya..Dengan ini aku secara rasminya akan memulakan kerjaya aku sebagai lilin membakar diri di sebuah sekolah yang belum aku tau lokasinya lagi di Kulai, Johor. Aku skang cuma berharap aku tidak akan ditempatkan di Bandar Tenggara kerana Bdr Tenggara tu gile hamat jauhnya. Dah tu sekolah ada 3 bijik kat situ mencari mangsa. Ketakutan ini berpunca dari Cikgu Aai yang mengatakan cikgu-cikgu kat tempat dia practical dulu pakai handbag Leno je sebab kedai beg yang ada Leno je. Aku seram.
Tapi tadi Cikgu Aai berbalas message dengan aku. Dia suruh aku call PPD Kulai mintak ditempatkan di SMK Rahman Putra sebab best. Sekolah tu ada IOI Mall.
Akan Bermulanya Kehidupan Wanita Bekerjayaku
Oleh
u l t r a b a e
on 24.10.07
Labels:
kisah hari-hari
1 Komen:
Selamat berjuang.
Post a Comment