RSS

JOM HEBOH LA SANGAT

Terus terang aku katakan, punyalah lama JomHeboh (dulu SureHeboh) dianjurkan oleh TV3, hari inilah first time aku pegi melawat pesta muda mudi yang cam best la sangat tu.

Kali ini lokasi di Stadium Shah Alam. Kehadiranku diiringi oleh Samurai yang 2-3 kali pegi bendalah tu. Hari kami dimulakan dengan mencari parking. Pusing punye pusing, akhirnya kami dapat jumpa entrance masuk. Dengan confident Samurai parking. Aku pun touch up makeup lebih kurang dengan confident berjalan menuju tapak pesta..dalam 100 meter melangkah baru kami sedar yang parking yang kami pilih tu jauh dari sasaran. Jadi tanpa membuang masa kami patah balik dan mendrive ke tempat yang disasarkan untuk pemarkingan. Sekali, nasib tidak menyebelahi kami. Lokasi parking yang baru ini lebih jauh dari entrance berbanding parking asal.

Oleh kerana this was my 1st time experince maka keterujaan aku agak melampaui batas. Sepanjang jalan nak masuk tu aku dah plan dah nak attack gerai mana. Apa freebies yang aku nak bawak pulang tunjuk kat orang kampung (i.e adik-adik aku). Tapi nasib Samurai sebagai pengunjung berpengalaman mampu menahan aku dari menjadi crazy. Plan Samurai hari ini, "kita pusing 1 round, then kita pusing sekali lagi kalo nak beli pape.'' Sebagai pengunjung amatur aku akur.

Tak sampai 1/2 a round aku terserempak dengan cousin aku, Abang Yoi. Abang Yoi macam blur-blur hari ini. Aku tegur dia pun dia macam tak kenal. Lepas tu aku baru sedar, sunnies ala Paris Hilton aku menghalang saudara sendiri mengenali aku. Salam lebih kurang, kami kata kami baru sampai. Abang Yoi reply, "Yoi pun baru sampai. Tapi tengah cari mak. Mak hilang." Rupanya sebaik menjejak kaki ke tapak pesta, Mak Ngah aku terus go with the flow, cuma masalah dia ialah dia follow flow orang lain. Aku tak tau la pe cite Mak Ngah aku lepas tu. Jumpa ke tak.

Abis 1 round, aku tenampak something. Gerai cerita Anak Pontianak. Entrance fee dia RM2. Dengan confident aku belanja Samurai. Takut la. Tapi tak ada scream factor. Sekadar patung2 pontianak dan beberapa brader yang berlakon jadi pontianak mundar mandir mengganggu orang awam. Paling lawak ada satu tour wanita sahaja belakang kitorang. Kami stop, dia pun stop. Kami gerak, dia follow. Sampai satu display aku nak tengok lama-lama. Aku suruh dia orang terus. Tapi direject mentah-mentah. Macam aku kata tadi tak ada scream factor. Minah belakang aku puas la menjerit. Aku siap amik gambar dengan pontianak tu lagi. Lagi satu benda kelakar. Watak pontianak sume dilakonkan oleh lelaki.

Habis ronda, kami pusing satu lagi round untuk memborong apa yang mampu. Habis gak la RM30. 1 beg 10. Itu pun aku menahan diri dari lapar dan dahaga.

Tapi aktiviti yang aku paling suka hari ini ialah, selesai tour, kami blagak macam orang nak beli kereta. Pantang ada show kereta, tak kira kat showroom atau tepi jalan, kami tala. Duduk-duduk, check rear sear, aircond, boot (atau bonet kata orang tua-tua), lepak dengan salespersons pasal harga and loan semua. Siap nak bagi test drive.

Sepanjang hari, termasuklah snacking samples kat Giant sampai kenyang, membuatkan salespersons semua mengambil nombor kitorang further information adalah pengalaman paling menarik.

1 Komen:

Tok Rimau said...

Tak pernah pi Jom Heboh. Malas nak tempuh kesesakan.