RSS

SEBULAN TELAH BERLALU..DISEMBER MUNCUL KEMBALI..

Dah almost 1 week aku sampai ke rumah keluarga aku di celah kaki Bukit Fraser dan Genting ni. Baru sekarang aku ada mood nak menulis pengalaman aku dengan hidup yang baru. Tapi aku tak nak type entry baru. Aku sekadar nak sampaikan entry yang aku buat secara offline si rumah sewa..terimalah..bahagian pertama..

ORANG BARU DI TEMPAT BARU

Hari ini merupakan entry blog aku sebagai orang baru. Diri aku yang baru. Kehidupan yang baru. Kejaya yang baru. Tempat yang baru.

Doa aku tidak termakbul kali ini. Mungkin disebabkan aku no longer menjadi wanita pious sebagaimana aku yang dulu. Rindunya aku dengan diriku yang zuhud itu. Macam aku cakap tadi. Doa aku tidak dimakbulkan. Entry ini aku uploadkan dari tempat yang aku tak mau pergi. Tempat yang aku tak mahu tinggal. Bandar Tenggara.

Serius aku cakap. Minggu pertama aku di sini. Tertekan. Bukan cinemaplex yang aku rindukan the most. Bukan McDonalds yang aku dambakan. Bukan kedai ber-aircond yang ada escalator tu yang aku inginkan. Tapi yang paling rindu di sini ialah lampu jalan. Minggu lepas aku melawat Kak Yan dan Darlie di UTM, minggu terakhir dorang digelar mahasiswa. Darlie drive katak pisangnya. Aku duduk di belakang dan cuba meng-absorb seberapa banyak lampu jalan as possible. Terangnya aku rasa. Damainya aku rasa. Tak sangka. Memang aku fikir aku akan rindu ketiadaan wayang, fastfood, shopping mall. Rupenye aku rindukan benda yang paling simple yang tak pernah aku kisah pun selama ini.

Mungkin kalau ada sesiapa yang asal dari area Bandar Tenggara baca entry aku ini merasakan aku ni tah hape-hape. Tapi aku yakin, perasaan tekanan yang melampau aku ini akan hilang tak lama lagi. Alah bisa tegal biasa kata orang dulu-dulu. Cuma pada masa ini, aku amat rindukan suasana unpredictable yang selalu terjadi di bandar-bandar.

Satu lagi. Ni memang ikhlas la aku cakap. Selama ni pada aku makanan di Johor ni memang sedap. Tapi makanan yang wujud kat Bandar Tenggara ni gile aku tak leh telan. Memandangkan aku ni jenis yang telan je. Sedap ke tak sedap balun je. Maka dengan ketidakmampuan aku digest masakan orang-orang di sini menunjukkan betapa tak sedapnya makanan kat sini. Apatah lagi kantin sekolah aku. Aku rasa hampir tergolek bila PK HEM aku berborak dengan makcik kantin suruh dia apply sambung contract tahun depan. Ishkk..

13 November 2007

0 Komen: