Hari ni ialah hari yg bersejarah buat aku..
Hari ini ialah hari yang pertama aku menjalankan tanggungjawab aku sebagai an able-bodied muslim..Membayar zakat fitrah...Sebenarnye aku x brapa nak sure aku kene bayar ke tak..Sebab aku keje part-time secara x tetap..Ada translation ke cikgu-cikgu sambung belajar malas or takde masa nak wat assignment ke adalah aku duitnye..Duit time ganti cikgu ari tu smp skang x nampak bayang..Dalam purse aku ada rm3 je..Tapi dah ibu kata aku bukan tanggungjawab dia lagi, aku pun mulakanlah pencarian amil..
Mula-mula tu mcm nak tak nak je aku cari. Mana aku nak cari? Time duk u.t.m dulu ada la amil-amil kat Jusco. Kat sini mana ada Jusco.
Sabtu lepas, aku pergi Batang Kali hantar kereta ibu pegi snow wash. Tetiba sampai message ingatkan aku bayar zakat from ibu. pas tu call lagi. Kat depan 7-eleven ada kaunter amil bukak. Pegi bayar. Tak ada duit pakai duit yang dia bekal dulu. Aku pun berjalan le 2 blok mencari 7-eleven. Sekali tak bukak la.
Balik ibu bagitau kaunter amil kat k.k.b kat masjib. Bilal jaga. Maka Ahad kebetulan aku dapat offer ajar budak darjah 1,2 dan 4 sains kat Telaga Emas. Sekali lalu masjid plak ada majlis khatam Quran n sedekah duit raya besar-besaran. Penuh khemah keliling masjid. Gila aku nak redah. Dah la pakai t-shirt lengan pendek.
Isnin, punye la plan nak pegi. Tapi ibu kata kerusi nak sampai hari ini. Aku pun tunggu la bila makcik Jamilah tu nak hantar kerusi. Sampai petang tak sampai-sampai. Ibu tanya lagi. Dah bayar? Camne nak bayar. Tunggu kerusi dari pagi. Sekali dia boleh jawab, bila lak ibu suruh tunggu kerusi. Takde pun cakap kerusi nak sampai. Pulak. Cis.
Maka hari ini la, Selasa, 9 Oktober 2007, pukul 10.40 pagi aku sah menjadi pembayar zakat. Kebetulan Tok Ngah suruh pergi rumah dia, aku pun singgah la masjid k.k.b. Memang sah, aku guna duit ibu bayar zakat. Boleh ke ha?
Kesempatan tu aku amik tanya Bilal. Kalau aku dah kawin tapi aku bekerja, aku kene bayar zakat ke, suami aku bayar. Ishh...suami la bayar, bilal kata. Maka InsyaAllah, ini adalah first and last aku bayar zakat fitrah. Cam tak best la pulak.
Tetiba aku leh tertanya kat Bilal lagi. Kalau isteri kedua? Suami tu kene bayar zakat untuk anak-anak tiri dia ke? Kene la, Bilal jawab. Tanggungjawab suami, selagi anak-anak tiri dia tak bekerja selagi tu dia kene bayarkan.
Time tu hati aku berkata cilakak. Rupenye dah dua kali raya laki mak aku bayar zakat untuk aku rupenye. Binawe betul. Ibu kata dia bayar. Tipu rupenye selama ni. Patut beria suruh aku bayar sendiri. Cis!
2 Komen:
dah baca paper itu hari..yang ke-4 diorang kata..
mekasih..mekasih..
Post a Comment