RSS

JOM HEBOH LA SANGAT

Terus terang aku katakan, punyalah lama JomHeboh (dulu SureHeboh) dianjurkan oleh TV3, hari inilah first time aku pegi melawat pesta muda mudi yang cam best la sangat tu.

Kali ini lokasi di Stadium Shah Alam. Kehadiranku diiringi oleh Samurai yang 2-3 kali pegi bendalah tu. Hari kami dimulakan dengan mencari parking. Pusing punye pusing, akhirnya kami dapat jumpa entrance masuk. Dengan confident Samurai parking. Aku pun touch up makeup lebih kurang dengan confident berjalan menuju tapak pesta..dalam 100 meter melangkah baru kami sedar yang parking yang kami pilih tu jauh dari sasaran. Jadi tanpa membuang masa kami patah balik dan mendrive ke tempat yang disasarkan untuk pemarkingan. Sekali, nasib tidak menyebelahi kami. Lokasi parking yang baru ini lebih jauh dari entrance berbanding parking asal.

Oleh kerana this was my 1st time experince maka keterujaan aku agak melampaui batas. Sepanjang jalan nak masuk tu aku dah plan dah nak attack gerai mana. Apa freebies yang aku nak bawak pulang tunjuk kat orang kampung (i.e adik-adik aku). Tapi nasib Samurai sebagai pengunjung berpengalaman mampu menahan aku dari menjadi crazy. Plan Samurai hari ini, "kita pusing 1 round, then kita pusing sekali lagi kalo nak beli pape.'' Sebagai pengunjung amatur aku akur.

Tak sampai 1/2 a round aku terserempak dengan cousin aku, Abang Yoi. Abang Yoi macam blur-blur hari ini. Aku tegur dia pun dia macam tak kenal. Lepas tu aku baru sedar, sunnies ala Paris Hilton aku menghalang saudara sendiri mengenali aku. Salam lebih kurang, kami kata kami baru sampai. Abang Yoi reply, "Yoi pun baru sampai. Tapi tengah cari mak. Mak hilang." Rupanya sebaik menjejak kaki ke tapak pesta, Mak Ngah aku terus go with the flow, cuma masalah dia ialah dia follow flow orang lain. Aku tak tau la pe cite Mak Ngah aku lepas tu. Jumpa ke tak.

Abis 1 round, aku tenampak something. Gerai cerita Anak Pontianak. Entrance fee dia RM2. Dengan confident aku belanja Samurai. Takut la. Tapi tak ada scream factor. Sekadar patung2 pontianak dan beberapa brader yang berlakon jadi pontianak mundar mandir mengganggu orang awam. Paling lawak ada satu tour wanita sahaja belakang kitorang. Kami stop, dia pun stop. Kami gerak, dia follow. Sampai satu display aku nak tengok lama-lama. Aku suruh dia orang terus. Tapi direject mentah-mentah. Macam aku kata tadi tak ada scream factor. Minah belakang aku puas la menjerit. Aku siap amik gambar dengan pontianak tu lagi. Lagi satu benda kelakar. Watak pontianak sume dilakonkan oleh lelaki.

Habis ronda, kami pusing satu lagi round untuk memborong apa yang mampu. Habis gak la RM30. 1 beg 10. Itu pun aku menahan diri dari lapar dan dahaga.

Tapi aktiviti yang aku paling suka hari ini ialah, selesai tour, kami blagak macam orang nak beli kereta. Pantang ada show kereta, tak kira kat showroom atau tepi jalan, kami tala. Duduk-duduk, check rear sear, aircond, boot (atau bonet kata orang tua-tua), lepak dengan salespersons pasal harga and loan semua. Siap nak bagi test drive.

Sepanjang hari, termasuklah snacking samples kat Giant sampai kenyang, membuatkan salespersons semua mengambil nombor kitorang further information adalah pengalaman paling menarik.

SEBULAN TELAH BERLALU..DISEMBER MUNCUL KEMBALI..

Dah almost 1 week aku sampai ke rumah keluarga aku di celah kaki Bukit Fraser dan Genting ni. Baru sekarang aku ada mood nak menulis pengalaman aku dengan hidup yang baru. Tapi aku tak nak type entry baru. Aku sekadar nak sampaikan entry yang aku buat secara offline si rumah sewa..terimalah..bahagian pertama..

ORANG BARU DI TEMPAT BARU

Hari ini merupakan entry blog aku sebagai orang baru. Diri aku yang baru. Kehidupan yang baru. Kejaya yang baru. Tempat yang baru.

Doa aku tidak termakbul kali ini. Mungkin disebabkan aku no longer menjadi wanita pious sebagaimana aku yang dulu. Rindunya aku dengan diriku yang zuhud itu. Macam aku cakap tadi. Doa aku tidak dimakbulkan. Entry ini aku uploadkan dari tempat yang aku tak mau pergi. Tempat yang aku tak mahu tinggal. Bandar Tenggara.

Serius aku cakap. Minggu pertama aku di sini. Tertekan. Bukan cinemaplex yang aku rindukan the most. Bukan McDonalds yang aku dambakan. Bukan kedai ber-aircond yang ada escalator tu yang aku inginkan. Tapi yang paling rindu di sini ialah lampu jalan. Minggu lepas aku melawat Kak Yan dan Darlie di UTM, minggu terakhir dorang digelar mahasiswa. Darlie drive katak pisangnya. Aku duduk di belakang dan cuba meng-absorb seberapa banyak lampu jalan as possible. Terangnya aku rasa. Damainya aku rasa. Tak sangka. Memang aku fikir aku akan rindu ketiadaan wayang, fastfood, shopping mall. Rupenye aku rindukan benda yang paling simple yang tak pernah aku kisah pun selama ini.

Mungkin kalau ada sesiapa yang asal dari area Bandar Tenggara baca entry aku ini merasakan aku ni tah hape-hape. Tapi aku yakin, perasaan tekanan yang melampau aku ini akan hilang tak lama lagi. Alah bisa tegal biasa kata orang dulu-dulu. Cuma pada masa ini, aku amat rindukan suasana unpredictable yang selalu terjadi di bandar-bandar.

Satu lagi. Ni memang ikhlas la aku cakap. Selama ni pada aku makanan di Johor ni memang sedap. Tapi makanan yang wujud kat Bandar Tenggara ni gile aku tak leh telan. Memandangkan aku ni jenis yang telan je. Sedap ke tak sedap balun je. Maka dengan ketidakmampuan aku digest masakan orang-orang di sini menunjukkan betapa tak sedapnya makanan kat sini. Apatah lagi kantin sekolah aku. Aku rasa hampir tergolek bila PK HEM aku berborak dengan makcik kantin suruh dia apply sambung contract tahun depan. Ishkk..

13 November 2007

AKU KEMBALI

Wahaha...seronoknya dapat berhubung tanpa sempadan dengan dunia.
Aku telah menghabiskan masa sebulan bermastautin di tempat lain.
Aku akan lepas gian selepas ini.
Tapi malam ni aku ngantuk gila.
Aku drive dari pagi sampai sekarang ni almost 2am aku belum boleh tidur. Mungkin Livita 2 botol yang aku teguk on the way tadi penyebab punca. Patut la iklan dia, hero tu lepas kerja boleh pegi kelas karate. Dengan cikgu-cikgu dia kene karate.

Tapi aku kena tidur sekarang. Sebab aku dah lapar. Kalau aku lapar nanti aku makan. Kalau aku makan nanti aku gemuk. Kalau aku gemuk aku kene shopping seluar jeans baru. Nanti duit aku habis pulak.

Akan Bermulanya Kehidupan Wanita Bekerjayaku

Akan adanya hari yang dulu aku kurang senang dengan tindakan Kementerian Pelajaran Malaysia menempatkan aku di negeri Johor, kini aku semakin tenang dan semakin boleh menerima ketentuan ini.

Atas tindakan drastik kawan-kawan aku yang posting kat Johor jugak menalipon Jabatan Pendidikan Negeri Johor untuk mendapatkan slot daerah memasing, aku pun menghubungi JPNJhr atas bantuan nombor dari Cikgu Nini. Aku pun call..

Dengan begitu efisyennya sekali brader yang angkat tepon tu mintak nombor IC aku. Kiranya JPNJhr telah menyediakan sebuat direct line untuk kegunaan kami yang tercangak-cangak ni. Syabas diucapkan. Dengan begitu confident gak aku bagi no IC aku.

"8***** 10 ***4"
"Ultrabae" kate brader tu.
"Ye. Tepat sekali" aku menjawab.
"Hmm..Kulai. Lapur diri 1 November" balas brader tu.
"Saya nak lapur diri kat mana?" aku tanya lagi dengan begitu coolnya padahal elated tak memasal.
"Kat PPD Kulai" brader tu layan aku.
"OK. Terima kasih" aku mengahiri perbualan.

Ya..Dengan ini aku secara rasminya akan memulakan kerjaya aku sebagai lilin membakar diri di sebuah sekolah yang belum aku tau lokasinya lagi di Kulai, Johor. Aku skang cuma berharap aku tidak akan ditempatkan di Bandar Tenggara kerana Bdr Tenggara tu gile hamat jauhnya. Dah tu sekolah ada 3 bijik kat situ mencari mangsa. Ketakutan ini berpunca dari Cikgu Aai yang mengatakan cikgu-cikgu kat tempat dia practical dulu pakai handbag Leno je sebab kedai beg yang ada Leno je. Aku seram.

Tapi tadi Cikgu Aai berbalas message dengan aku. Dia suruh aku call PPD Kulai mintak ditempatkan di SMK Rahman Putra sebab best. Sekolah tu ada IOI Mall.

What Can I Do To Make You Love Me?

I've tried everything.
Trust me.
I've tried.

All my life I've tried to be the person that you want.
All my life I've tried to be the person that you proud of.
All my life, I've tried.

But I guess I'll never be enough for you.
For I can never be the girl of your dreams.
For I can never be the exact "thing" that you want.

For all I am is you.
For you are me.
We belong, by right, together.
Thus my imperfections belong to you.
All my mistakes belong to you.
I belong to you.

I'll be gone.
Soon.
Really soon.
I hope, this way I can be the girl of your dreams.
The one that you can finally love me unconditionally.

Something I dedicate to the woman who gave birth to me.

Posting Lagi

Aku dah tenang sekarang...Hampir tenang berbanding tadi..

Hui! Hampir tak percaya dan tak mau percaya aku akan hakikat ini tadi. Tapi sekarang aku dah mampu menerima hakikat yang aku akan berkhidmat di bumi aku dibesarkan. Di tanah mana ibu dan arwah bapak bertemu, ngorat-ngorat lebih kurang dan memulakan hidup berkeluarga.

Tapi janganlah pulak dari negeri Johor ni aku akan diletakkan di felda gile ujung kat mana-mana. Bukan nak mengutuk felda ek. Aku di besarkan di felda. Tapi felda aku duduk dulu kat Kulai. Kejap je dah sampai JB. Jauh dalam sikit je dari felda mawi tinggal dulu. Buatnye kene kat ceruk mana-mana kat Kota Tinggi ke...kat Mersing ke...Bandar Tenggara ke...adoi. Sangap.

Tapi sebagai ayat saiko kepada diri sendiri, aku akan berfikir macam ini. Lapur diri 1st Nov. November sampai Disember cuti sekolah. Januari stat mengajar. Dah tiga bulan tu. Bulan Februari dapat gaji!!! Yehaa...Ngajar sebulan je dapat gaji 3 bulan!!! YAHOOO...

posting yang tak best

AAAAARRRRRGGGGHHHHHH!!!!!!!

TTTTTIIIIIIIDDDDDAAAAAKKKKKKK!!!!!!!

Aku akan dihantar mengajar di johor...tidak!!!!! Aku tak suka!!!!! Aku dah malas nak gerak jauh-jauh dari ibu kota cinta ni!!!!!!!!!!!!!! Tidak!!!!! Aku tak suka!!!!!!!!!!!!! Aku tak rela!!!!!!!!!!!!!!!

TIDAAAKKKKK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Camne aku leh di hantar je johor ni wei!!!! KENAPA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

MENCARI KEREDHAAN RAMADHAN

Hari ni ialah hari yg bersejarah buat aku..

Hari ini ialah hari yang pertama aku menjalankan tanggungjawab aku sebagai an able-bodied muslim..Membayar zakat fitrah...Sebenarnye aku x brapa nak sure aku kene bayar ke tak..Sebab aku keje part-time secara x tetap..Ada translation ke cikgu-cikgu sambung belajar malas or takde masa nak wat assignment ke adalah aku duitnye..Duit time ganti cikgu ari tu smp skang x nampak bayang..Dalam purse aku ada rm3 je..Tapi dah ibu kata aku bukan tanggungjawab dia lagi, aku pun mulakanlah pencarian amil..

Mula-mula tu mcm nak tak nak je aku cari. Mana aku nak cari? Time duk u.t.m dulu ada la amil-amil kat Jusco. Kat sini mana ada Jusco.

Sabtu lepas, aku pergi Batang Kali hantar kereta ibu pegi snow wash. Tetiba sampai message ingatkan aku bayar zakat from ibu. pas tu call lagi. Kat depan 7-eleven ada kaunter amil bukak. Pegi bayar. Tak ada duit pakai duit yang dia bekal dulu. Aku pun berjalan le 2 blok mencari 7-eleven. Sekali tak bukak la.

Balik ibu bagitau kaunter amil kat k.k.b kat masjib. Bilal jaga. Maka Ahad kebetulan aku dapat offer ajar budak darjah 1,2 dan 4 sains kat Telaga Emas. Sekali lalu masjid plak ada majlis khatam Quran n sedekah duit raya besar-besaran. Penuh khemah keliling masjid. Gila aku nak redah. Dah la pakai t-shirt lengan pendek.

Isnin, punye la plan nak pegi. Tapi ibu kata kerusi nak sampai hari ini. Aku pun tunggu la bila makcik Jamilah tu nak hantar kerusi. Sampai petang tak sampai-sampai. Ibu tanya lagi. Dah bayar? Camne nak bayar. Tunggu kerusi dari pagi. Sekali dia boleh jawab, bila lak ibu suruh tunggu kerusi. Takde pun cakap kerusi nak sampai. Pulak. Cis.

Maka hari ini la, Selasa, 9 Oktober 2007, pukul 10.40 pagi aku sah menjadi pembayar zakat. Kebetulan Tok Ngah suruh pergi rumah dia, aku pun singgah la masjid k.k.b. Memang sah, aku guna duit ibu bayar zakat. Boleh ke ha?

Kesempatan tu aku amik tanya Bilal. Kalau aku dah kawin tapi aku bekerja, aku kene bayar zakat ke, suami aku bayar. Ishh...suami la bayar, bilal kata. Maka InsyaAllah, ini adalah first and last aku bayar zakat fitrah. Cam tak best la pulak.

Tetiba aku leh tertanya kat Bilal lagi. Kalau isteri kedua? Suami tu kene bayar zakat untuk anak-anak tiri dia ke? Kene la, Bilal jawab. Tanggungjawab suami, selagi anak-anak tiri dia tak bekerja selagi tu dia kene bayarkan.

Time tu hati aku berkata cilakak. Rupenye dah dua kali raya laki mak aku bayar zakat untuk aku rupenye. Binawe betul. Ibu kata dia bayar. Tipu rupenye selama ni. Patut beria suruh aku bayar sendiri. Cis!

miss cosmo miss out

iklan bermula..

iklan majalah cosmo yg ada muka fasha sandha. bakal menjawab pertanyaan anda kenapa fasha bersuara halus. itu pun kalau tanya..kalau tak tanya tak apa. baca je buat pengetahuan am. senamg nanti nak sembang dgn kawan-kawan yang anti fasha sandha. pastu fesyen terkini. pastu lak petua kekal seksi. miss cosmo. miss out.


iklan tamat.


ayip yg tengah amik pmr 2007 hari kedua hari ini ada kat sebelah aku time tu.



"ayip kene beli cosmo ni yip. penting ni," aku mulakan bicara.
"apsal lak" dh mula menampakkan tanda-tanda defensive dia.
"yela. ada petua kekal seksi tu," aku reason lebih kurang.
"along beli la sendiri. ayip lak," makin defensive.
"la...along tak payah. along memang dah seksi"

Pergi menagih simpati pada yang sudi

aku rs cam productif gile hari ni..di mulakan dgn bgn pagi2 sahur..then sambung layan internet..mencari maklumat terkini n tambahan pasal cempaka schools..sebenarnye hari ini aku akan diwawancara oleh pihak atasan cempaka schools kt cheras untuk menjadi cikgu kepada anak2 org kaya itu..aku dh prepare dh sebuah mock teaching nak ajar para pewawancara..siap menggunakan nama2 glemer spt david beckham dan kakak angkat aku angelina jolie sebagai set induction...tajuk pun kemain...unhcr goodwill ambassador..dh siap dh ayat goreng kekonon ni form 3 chapter 3...

perjalanan aku dimulakan kira2 jam 9 pagi..singgah btg kali beli topup..yela..bak kata samurai kalo tesesat ke jem ke tepon dorg sebagai bukti tanggungjawab yg maksimum..dari umah aku di kaki bukit nak ke cheras paling senang ikut mmr2..tp sakit la mengharung jem kt ampang..tp kejap je tu..sebenarnye aku dh riki jalan ke cempaka cheras smalam lagi dengan samurai..aku tau nk smp tmn konot je..dia tau area dlm tu tp nak ke konot xtau..ape lagi gabungan yg mantap la kami berdua smalam..

anway dengan confident aku lalu jln sg tua menghala ke selayang..biasa dh lalu jln ni..plak ari ujan2 sket..perghh..feel je diselubungi kabus di bumi ijau..tp wat aku jd gabra tetiba..sbb satu gabra nak g interview..tayar kete lak leh wat hal..aku dh bajet dh kureng angin sket..tp aku x menyangka cengkaman akan berkurangan...ketika aku ngambik lap tg best kt situ aku rasa cam skidded sket..lalu terpaksa la aku slow n steady..tgk jam dh 9.40...uish...dekat sejam aku kt dlm ni je..

kuar je sg tua masuk selayang...betul2 depan surau kt kg nakhoda ada satu accident..aku bajet maybe dlm kul 9 td kot..sbb satu kete elok je kene tow..org plak xbrapa nak ramai..nasib dh jd accidentnye..kalo dpn mata aku mau menggigil nak drive gi interview...

perjalanan aku sepanjang mmr2 lancar tanpa batasan..cuma agak slow kt ampang..biasak le ampang tu...satu lagi depan sket..flyover tmn pe tah..nk g umah peah tu..drive pnye drive aku smp simpang taman konot..feel je aku masuk..sesambil tgk peta mane tau salah sauk...

smp2 je cempaka aku tgk jam..la...br 10.15...isk..interview 11.30..sangap le aku..bajet jem..tu yg kuar awal..tp xpe..aku amik kesempatan itu untuk review notes2 yg aku prepare..pak gak ulang-alik naik moto dpn kete aku..wat xtau cukup..

tepat kul 11 aku g pak gad..nak msuk dlm nk g interview...dia suruh aku tinggal lesen..aku ingat lepas tu leh masuk..skali xleh da..maka berjalan kaki la aku dlm kerenyaian sepanjang drive way dia..pjg gak..

sampai main office...penuh sopan santun aku approach reception..ceh..receptionist tu pandang aku mcm hina je..tp aku terus senyum..aku ckp nak interview for teaching post..dia bg aku satu form..masuk dissuccion room dia, aku pun isi..skali last page kene wat essay da..essay ni aku maleh ni..ada 3 tajuk..write in 150 words regarding the issues below..aku pilih reading..hentam je la..pastu dia suruh aku tunggu..lame gak ar..akhirnye aku dipanggil masuk..mr alfonses nama interviewer tu..head of english kt situ..mule la perbicaraan aku dgn dia..tanye la teaching experince sume, camne nak control kelas..paling best:

- dia kate xyah la mock teaching sbb aku mmg tesl graduate, so dh ada experience, dh tau methodologies.

- pastu lak, dia kate dia impressed dgn spoken language aku..isk time tu aku rs, biar betul..pada scale aku..tu le interview paling teruk aku penah wat..gabra gile...nak sebut applied pun bunyi cam hape jek..

- pastu yg paling best, dia kate akan recommend application aku ke chairman..tp chairman la yg boleh wat keputusan nak terima aku ke x...papehal pun aku syukur interview xdela disaster sngat..

xabis lagi ni..aku menuju lak ke gombak..cikgu jaja kate tpt dia ada post temporary kosong..aku penuh confident cari jln kuar nak naik mmr2 balik..tp aku tau aku dh salah sauk sbb tetiba je mmr2 atas aku...camne ni..xpe..gile confident aku tuju pusat bandar...sbb pusat bandar tu ada skali tulis ipoh..gombak menghala ke utara..itu jam aku syukur aku blajar geografi kt sekolah dulu..slambe yaya je aku folo signboard...tah camne tetibe aku msuk federal highway..tp paling best..lalu sebelah mansjid negara, ktmb, kompleks daya bumi, pos malaysia..isk...tringat time sekolah2 lu..ni le tiap2 minggu aku lalu nak g tuisyen..

nasib le aku pandai baca signboard..n mata hati jiwa aku terang..aku mampu mencari jln naik semula mmr2 sesampai je aku kt selayang..sbbnye kali ni aku harus menuju ke arah kuantan lak..kalo terus ipoh nanti aku smp umah...smp umah cikgu jaja aku lepak lebih kurang..jumpa wan dia yg slama ini aku dgr cite je..pastu aku folo lak cikgu jaja g kolej tar..isi borang lagi...kali ni temporary assistant...siap isi aku pun say goodbye kt cikgu jaja..

minyak time tu dh plak blinkblink..aku pun singgah shell sebelah projet kt tmn melati..isi sepuluh..kuar..skali aku nampak signboard kunang2...oho...getus hati kecil ku..kt sini upenye tuan syed ajak bukak pose reramai..aku tau dah..balik aku ikut jln templer park rawang lak..sbbnye..ujan agak lebat..td pegi hampir skidded..kang xpepasal lak..tgk2 jln tu dh lapang tu..dulu...adoi..cari nahas lalu situ time org balik keje...aku penah amik kursus kat gombak, time tu lak sg tua tutup pasal jln roboh (ala..yg pakcik naik moto pagi2 nak g pasar borong selayang tetibe stuntman kt situ dulu tu)...time tu...alahai...x 2 jam kt situ xsah..

smp rawang aku tringat ibu pesan tgk daybed kt kedai perabot yg dia dh aim..smp rawang jem..aku nk g area secret recipe..nak pusing ni mau 40 min kt sini je..dengan perasaan penuh otai aku u-turn naik flyover..dh le double line..aksi tu lak aku lakukan kt depan balai polis..smp tempat dituju aku langsung x nampak bayang kedai tu..aku pun balik..smp je umah aku terus tido..padahal aku kene konfirmkan ajar tuisyen kt pekan..pastu nak bg no acc kt cikgu yan..tp aku pedulik ape..aku dh ngantuk.

sekian.

dei apa da...

aku rasa makan 2 tahun gak aku ada account blogger ni..tp haram xpenah post ape2..bukan mende pun..aku lupa username aku the minute aku permohonan aku diluluskan.

tapi tidak bermakna aku xpenah post ape2 di alam cyber ni..blog friendster la tapi..tu yg jd masalah..aku suka ngarut2 ni..tp kt friendster sape nak baca..

buat balik dibalas baik kate orang tua..aku suke bangat bace blog orang...hukum karma mengatakan akan ada orang baca blog aku..

dei ape nye impian da...