RSS

MAIN SOROK SOROK

Hari tu aku bongkar-bongkar Impiana lama aku. Well, tak adalah lama sangat, November 2008. Then, aku terbaca balik article written by Dean Daud, one of the penulis. Issue keluaran tu pasal storage kat rumah. So Dean Daud ni tulislah pasal "Simpan atau sembunyi?".

Menurut Dean Daud ni, ada setengah orang simpan barang-barang dengan kemas dan teratur. Konsepnya ialah mudah nak cari balik ke tak kalau tiba-tiba kita nak guna benda yang kita simpan tu. Ini telah mengingatkan aku kepada seorang member aku time study kt UTM. Jaja nama dia.

Cik Jaja ni memang amat pakar dalam mengemas barang. Bagilah ruang sesempit mana pun, sekecil mana pun, berapa banyak barang pun, dia akan berjaya simpan dengan kemas dan penuh sistematik. And the best part is, memang senang dia nak ambil balik barang yang dia simpan awal semester tanpa perlu membaraikan susunatur kotak-kotak dia. Baju-baju pun sama. Kemas dan teratur. Aku memang kagum gila dengan budak ni. Sungguh aku katakan. Memang skil tu aku langsung tak ada.

Pergi rumah dia pun sama. Rumah flat Sri Langkawi kt Gombak KL. Flat lama kan. Manalah besar sangat saiz dia. Tahu sajalah, penjajah dulu. Bukan nak tengok orang Tanah Melayu gembira. Kalau rumah dorang, kemain. Anyway, rumah Jaja ni. Perghh!!! Kemas dan teratur. Mak dia siap jaga budak lagi. Tapi barang2 memang disimpan rapi. Tapi, mudah nak cari balik. Pergi rumah dia kadang-kadang aku rasa macam kt Ikea sebab konsep small living space dia memang diaplikasi dengan jayanya.

Amatlah opposite dengan aku ni. Aku adalah satu lagi golongan yang Dean Daud mentioned in the article. Simpan tapi tak jumpa cari dah lepas tu. Erti kata lain, bukan simpan tapi sembunyi. Aku pun tengah tinggal dalam small living space tapi masyaAllah, aku pun naik segan dengan diri aku sendiri rasanya tengok bilik aku. Dahlah sangatnya tak rajin mengemas. Jadi macam apa tah.

Ni kitorang bakal nak duduk rumah sendiri InsyaAllah, by January 2010. Aku ingat nak kena in house training dengan Jaja cara-cara penyimpanan barang yang berkesan.

P/S: Jaja, aku rindulah nak lepak-lepak kat rumah kau.

ANTOLOGI PUJAAN SIRAP

SIJI

"Mestilah dia care lebih kat cucu dia. Kan Kamil cucu anak lelaki dia. Macam Ayip, kalau ada anak mestilah ibu sayang lebih. Bukan anak ko ibu tak sayang. Tapi Ayip lelaki, keturunan ibu, mestilah sayang lebih.
LORO

"Saleh suka makan fruit cake. Ni yang ibu buat fruit cake ni. Kesian pulak. Dia suka makan fruit cake.Ni yang saja buat fruit cake ni nak kasi Saleh."

Nota : Saleh itu menantu makcik aku.

TELU

"Walau aku benci, menyampah gila kat ko, tapi dah anak. Kau sakit aku susah jugak."

*******

Kalau aku tak balik rumah Ibu lepas-lepas ni agak-agak aku derhaka tak?

APA AKU NAK BUAT NI?

Alahai..dh cuti sekolah ke? Budak sekolah mungkin suka kot. Tapi aku?

Argghhh...nak buat apa kat rumah ni..i'm not a housemaker. Tolong!!!! Nak pergi sekolah tapi xnak mengajar. OK tak?

PARTI LIAR

Akan tiba. Cerita tentang parti liar tak lama lagi. Tunggu yerkh. Picture worths a 1000 words. And I have a bunch!

CUP OF TEA OMPUTIH KATA

Aku baru je habis dari sebuah kursus. Kursus pembinaan blog untuk PSS. PSS tu, pusat sumber sekolah. Kalau zaman aku jadi budak sekolah dulu, perpustakaan.

Macam kelakar lah gak belajar buat blog. Tapi aku suka amat, sebab aku jumpa gak benda yang aku suka buat and diiktiraf pulak tu.

Jadinya, kesimpulan, minggu ini aku gembira. Kalaulah time deepavali aritu gaji tak diawalkan n gaji masuk on time 25hb bln ni musti aku lagi gembira.

DEAR MISS ANONYMOUS 2

Sorry, but I tried. I did. I really did.

I still hate this stinking place. The padang jarak padang tekukur yang anda saaaaannnggggaaaaatt cintai ini.

I HATE THIS PLACE!!!!

ALAMAK!!!

Ibu baru saja message tadi.


"Apa address blog Along?"


Alamak!!! Belajar buat blog pulak dia pagi ni..


HI IBU!! SIHAT?
Ibu. 2 dari kanan. Bersama ipar-iparnya.

NEVER TOO LATE



Raya hari tu ramai sungguh yang memesej aku selamat hari raya and all the nice raya wishes yang aku sure gila korang turut dapat.

Atas sebab musibah yang tak terduga, Celcom yang baik hati tak berapa nak elok pada musim raya bercampur dengan perasaan malas serba sedikit, aku hanya mula membalas time2 orang semua dah habis cuti rayalah kiranya. Jadi, jika ada yang rakan-rakan yang aku tertinggal membalas ucapan korang itu:

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN
Semoga kita bertemu lagi dengan Ramadhan dan Syawal yang akan datang.
Sorry ya, balas pakai blog ja.

PECAH KACA PECAH GELAS
SUDAH BACA HARAP BALAS

MANA HILANGNYA ANAK-ANAK ITIK ITU?


Five little ducks went out one day

Over the hills and far away

Mother duck said, "Quack, quack, quack!"

Four little ducks came back that day


Four little ducks went out one day
Over the hills and far away
Mother duck said, "Quack, quack, quack!"
Three little ducks came back that day


Three little ducks went out one day
Over the hills and far away
Mother duck said, "Quack, quack, quack!"
Two little ducks came back that day


Two little ducks went out one day
Over the hills and far away
Mother duck said, "Quack, quack, quack!"
One little duck came back that day


One little duck went out one day
Over the hills and far away
Mother duck said, "Quack, quack, quack!"
No little ducks came back that day

"Nyum, nyum.."

A THANK YOU NOTE

Kelangsungan dari posting aku yang lepas.

Mr Samurai sudah bertambah baik. Operation thoracolumbar instrumentation yang di buat berjalan dengan jayanya. Jahitan pun dah dibuka.

Alhamdullilah.

Terima kasih kepada keluarga, rakan-rakan dan followers yang mendoakan keselamatan dan kesihatan Mr Samuraiku. Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih.

SUAMI SAYA

Suami saya, Kamarudin Saleh, kini berada di HTAR Klang kerana terjatuh dari bumbung. Akibatnya tulang belakangnya (T11 dan T12) mengalami keretakan yang serius. Dia akan dibedah pada hari Rabu ini.

Kepada kawan-kawan dan pembaca yang terhappen termasuk sini, minta doakan keselamatan dan kesihatan suami saya. Doakan kecederaannya pulih dan dia boleh kembali bermain bersama anak kami yang amat dirindui.

Doa anda amat saya hargai. Sekian. Terima kasih.

Arbaiah Abdul Rahim
"Apa yang ko merepek ni ha?," kata Cikgu Rose.

....

Aku sekarang ini tidak berada di rumah mahupun di sekolah, atapah lagi di Pasaraya Billion, Kedai Textile mahupun Pasaraya Sakan. Aku sekarang ini sedang berada dalam sebuat bilik tidak bertingkap.

Ya, aku sekarang berada di sebuah hotel untuk meneruskan kelangsungan kerjaya aku. Induksi ma. Kat mana? Cititel Express KL. Kat mana? Kat Jalan TAR. Kat mana? Kat Chow Kit, depan Lorong Haji Taib.

Gila aah. Aku rasa seperti di Kota Bandung kawan-kawan.

HIDUP SUSAH VS SUSAH HIDUP

Hari ni aku rasa tak macam Friday lepas. Friday lepas aku start the day dengan perasaan senang hati dan bahagia. Kamil in a very good mood. Demam pun dah baik. Kopi yang aku minum tasted 10x better than hari-hari yang lain. Baju dah siap gosok. Sampai sekolah aku dapat tahu yang investment aku with Public Mutual dah membuahkan hasil. A very good day to end the week.

But today, aku jadi macam hari-hari sebelumnya. Depressed. Agigated. Frustrated. Unhappy. Angry dan semua typical perasaan yang negative and unhappy. Kenapa?

Tahla.

Aku memang tak tahu the actual answer. Perasaan aku boleh fluctuate dengan begitu senang sekali. Within seconds dah boleh berubah. Happy tetiba mengamuk. Mengamuk tetiba ketawa. Gelak-gelak ketawa tetiba marah.

Hormonal imbalanced? Maybe kot.

Tapi aku rasa more to the fact life aku almost tak pernah jadi seperti yang dirancang. Almost never. Never kot. Always at the corner, ada something waiting. Sometimes bad, sometimes ok.
Jadi aku almost never rasa fully satisfied dengan the live I've lived.

Or it could also maybe due to the way I grew up. All my life, I've been compared to.

"Ultrabae tu gelap, tak macam Fifi. Putih melepak."
"Ultrabae tu pemalas, tak macam Fifi. Rajin."
"Ultrabae tu tak berapa nak pandai sangat. Tak macam Fifi. Very clever."

"Ultrabae dapat berapa A UPSR? Oh, 2A je. Fifi anak Alang dapat 4A ek?"
"PMR berapa A? 5A? Oh bagus. Fifi dapat 8A ek? Memang patutlah pun."
"Kau yang B tu apa? Sains dengan Maths? Susahlah nak masuk u macam ni."

Tapi yang paling menyayat hati aku bila ada yang kata,

"Apasal anak orang lain senang ja nak jaga. Anak Ibu punyalah susah!"

That kind of comments yang aku terima for the rest of my growing up life, membuatkan aku rasa always discriminated and over criticised.

Aku pernah tengok one Oprah show with this kind of issue. Kaunselor tu kata "You are a grown woman. Don't ever tell me that you're mother is the reason why you are the way you are now. You are responsible with your own life."

Aku rasa macam dia directly cakap kat muka aku. Tapi it is easier to blame others than to blame yourself kan?

BAPA MERTUA SAYA OTAI


CERITA 1

Pada suatu malam, saya telah menghabiskan seteko kopi o panas yang memang menjadi kudapan bapa mertua saya. Jadi, oleh kerana saya turut mempunyai hobi yang sama dengan beliau, saya pun bangun dan membancuh seteko lagi kopi o.

Baki kopi o adalah lagi dalam 1/4 teko. Saya pun dengan confident dan ek nya menuang air panas 99.4 darjah celcius ke dalam teko tersebut lalu mencapai bekas sebuk kopi.

"Alamak. Serbuk kopi habis la pulak," kata saya kepada saya.

"Takpa. Guna kopi uncang," getus saya lagi seraya mencapai plak uncang kopi dalam bekas yang lain.

"Plup," kata uncang kopi tersebut sambil menjunam masuk ke dalam air panas.

"Alamak!"


CERITA 2

"Eh, apsal bau?" tanya bapak mertua saya, Otai-man, kepada dirinya sendiri.


SINOPSIS
Rupanya uncang yang saya cempelung ke dalam air kopi itu adalah uncang teh. Gila gaban saya mencover dengan gula penggalak diabetis. Slow-slow saya menyorok di dalam bilik air 0.0001 saat selepas Cerita 2 berlaku..


JALAN LAIN KE NERAKA

"I am so sorry. But the state of my health is far more valuable than the academic achievement of my students."

Boleh tak aku guna alasan ni untuk tidak mengajar dalam jerebu teruk ni?

KAMIL DAPAT HADIAH LAGI

Ini anak saya, bukan Faizal Tahir. Sila jangan confuse, ok?




Thank u Bibik Lina bagi Kamil t-shirt yang "It's so you, Kamil. It's so you" ni. Baju je ke? Spendernya mana?

HUKUMAN ROTAN

Pagi. Sejuk. Dingin. Kalau tidur, perggrrhhh... sedap.

Perhimpunan Pagi. Sejuk. Dingin. Kalau tidur, perggrrhh... sedap.

Tiba-tiba, keheningan pagi itu dicabar oleh kehadiran seorang guru lelaki berbangsa Cina. Tergopoh-gapah dia turun ke Dataran Perhimpunan.

"Cikgu Radziah panggil saya?," tanya guru lelaki itu dengan muka penuh concern.

"Eh, tak ada pun," jawab Cikgu Radziah.

"Tapi ada budak panggil saya kata Cikgu Radziah cari," balas si dia lagi.

"La, saya suruh dia cari rotan. Bukan panggil Mr Tan."

SIRI BERCAKAP DENGAN CIKGU ROSE

"Boleh tu memang boleh, tapi gila ko. Gaji je skang dah 1k. Pastu plak nak socso bagai. Aku orang miskin. Kredit kad pun x de."

Kata aku kepada Cikgu Rose bila dia kata nak berhenti kerja dan menjadi babysitter Kamil.

COUSIN IPAR TAK JADI SAYA

Ada this one girl. She used to date one of my cousin. Aku pun baru tau yang dia no longer date my cousin. Lagi kelakar, siap dah kahwin dengan orang lain.

No wonder you are no longer around. Hehe..Punyalah aku ni x brapa update.

All I'm trying to say is, eventhough our meetings were always brief, I'd be lying if I say I'm not fond of you. I think you are a great bubbly person that spreads bubbly-ness to the people around you.

Congratulations. I bet it was a wonderderful wedding and I'm sure it is going to be a blissful marriage. Too bad it was not us who were celebrating you. Have a great live and don't ever stop being bubbly.

Me.

FLASHBACK : "MUSUH" BAIK SAYA

"Its so you, bae. Its so you."

Apalah khabar budak tu sekarang?

CIKGU ROSE Ver 2.1


Korang tengok sendiri poster dia pun boleh bajet mentaliti dan exposure penontonnya kan.


UCAPAN YANG TERTINGAL

Pyzam Glitter Text Maker
Glitter Graphics Maker & MySpace Layouts

30 TAHUN SUAMI SAYA MENJADI MANUSIA

Semalam birthday Mr Samurai yang ke 30. Sweet 30 rupanya suami aku dah. Dalam planning aku pelbagai2 aktiviti yang menarik telah disenaraikan. Malangnya ongkos bulan ini amat tidak memberangsangkan lalu aku menghadkan acara kepada makan pecal di malam hari. Itu pun mak mentua aku yang buat pecal tersebut.

Therefore, my dearest husband and the love of my life,

Thank you for always being there, here and everywhere for the past 10 years.
Sorrylah ye kalau ada birthday-birthday yang orang terlupa dulu-dulu tu. Maklumlah, time diploma dulu pernah termakan lolipop ditawan oleh semut durjana. Jadi pelupa yang amat.

Hehe..Semoga abang panjang umur, dimurahkan rezeki dan kasih yang membuak-buak kepada diri ini dan anak kita. Semoga semua yang kita plan untuk masa depan menjadi kenyataan. Sayang abang sangat .

Nota hidung : Hadiah lepas gaji ek? ^.^

CIKGU ROSE Ver 2.0

Aku baca blog Cikgu Rose tadi. Satu ayat dari dia:

"..kami kan grup yg tgk gol n gincu..mana nk seiring ngn grup yg tgk SEMBILU KASIH...hahaha.."

kuang kuang!! lama sungguh aku tak guna Sembilu Kasih sebagai wacana ke-tidak-urban-an orang-orang disekeliling aku..

KISAH SAYA DENGAN KAWAN BAIK SAYA


First semester aku di UTM aku duduk sebilik dengan Sha. Budak Maths dia ni. As a pelajar pendidikan kami semua kena ambil this one sunject “Falsafah Pendidikan.” Tapi kami berlajar di seksyen lain-lain. Aku dengan classmates aku aja. Sha campur-campur dengan course lain.

One day, Sha balik bawak cerita, tengah-tengah dorang menghafal Falsafah Pendidikan Negara dalam kelas dia, kat row belakang ada budak tengah bercakap.

“Kamu di belakang tu buat apa,?” tanya Encik Shahrin, lecturer seksyen tu.

“Berbincang Encik,” jawab budak perempuan tu dengan penuh confident.

“Berbincang?” Encik Shahrin bermula. “Kepala hotak awak.” Sambung Encik Sharin dengan penuh sopan dan santun.

So the phrase “KEPALA HOTAK AWAK” dengan nada yang sopan dan santun itu menjadi ayat favourite kami sepanjang-panjangnyalah.

Masuk semester 2, aku berkenalan pula dengan geng-geng SPK, budak Kimia mereka ni. Pandai budak-budaknya. Gila kau. Belajar kimia. Perghh..aku kimia SPM pun drop.
Antara mereka ni, yang paling terkamcing dengan aku ialah MIMIKO.

Memang kamcing gila. Ke hulu hilir memang bersama. Adik beradik dia semua aku kenal. Mak dia, kakak ipar dia, anak-anak saudara dia. Balik dari UTM sama. Pergi balik UTM sama.

Sampai final semester, Akak Ketua Blok (sorry kak, lupalah nama akak apa), siap Tanya kitorang ni lesbian ke. Gila. Ada ke patut. Jawapan Mimiko lagi best.

“Kalau aku nak jadi lesbian, tak adanya aku nak cari partner yang garang macam tu. Asyik kena marah je. Alang-alang nak jadi lesbian baik cari yang manja-manja. Puas hati!”

Reenactment "milo ais cincau" hasil adaptasi friendster tutor photoshop kitorang bersama aweknya. Dah kahwin kot encik tu. Hobi betul time tu men-stalk friendster dia. "Pertama kali di rumah Azie" je takde reenactment.


Kitorang dengan penuh gaya memakan moi sup kat UTM.



Acara memakan aiskrim di tasik sebelum A'ai memakan aiskrim aku tanpa prejudis. Kelihatan Mimiko cuba mencopet aiskrim saya.


Hari-hari terakhir kami kat UTM. Ni lepas-lepas PSM presentation aku.


Sekarang ni, Mimiko berada di seberang lautan. Mendidik anak bangsa orang lain. Tapi kami still kamcing seperti dulu.

Baru-baru ni aku dapat tahu, yang dia dapat tuduhan lesbo lagi kat sana sebab member baik dia seorang wanita juga. Ahh gila. Kang keluar dengan jantan kata perempuan murahan. Keluar dengan perempuan kata lesbian. Ko kuar dengan monyet je la Na. Paling tinggi pun orang tuduh ko bercinta monyet.

Tapi yang paling kelakar amat. Budak (budak ke?) tersebut rasa kewanitaannya tercabar dan menyebarkan berita dia tak apa-apa. Mimiko je yang terhegeh kat dia.

Rilek la Cik Cinta. Gabra apa pasal? Ke anda yang ada perasaan cinta kat kawan saya? Hahaha.. Tkadelah. Rileks. Jangan marah. Manusia memang macam tu. Suka beri tanggapan yang negatif walau tak tahu cerita sebenar. Anggap je dorang tak urban. Apa susah. Ni main tikam belakang ni. Haiyoo. Tak baik tau itu macam. Bukan nak masuk campur. But I know Lina well better than you do. Lagi lama gila dari anda kenal dia. Tak menda pun budak tu. Tak nak layan, senyap je. Tak payah nak defend diri anda dari orang-orang yang tak urban tu.

Nota bulu hidung : Final year tu jugak aku dapat tahu yang insan Kepala Hotah Awak itu ialah Mimiko. Chet!

KEEP HOLDING ON

Huuaaarrrggghhh...

Betul ke apa yang aku tengah buat ni?
Patut ke?

Tapi patut ke apa yang dia buat kat aku?
Tak patut kot.

BAPAK

Bapak passed away when I was 13. sekarang umur aku dah 29. means dah 16 years bapak pergi meninggalkan kami sekeluarga.

Sejak Bapak meninggal, jarang sekali aku fikirkan tentang Bapak. Tapi lately ni, sekejap-kejap, ingatan aku melayang kat Bapak. All the memories yang aku simpan jauh, jauh, jauh dulu semuanya muncul kembali.

It all coming back to me now kata Celine Dion. Cewah.

Biasanya father’s day pun aku lalui dengan selamba bersama kodok. But this year. This father’s day. Impactnya lain sungguh pada hati aku yang keras macam batu ni. Mungkin sebab aku dah anak.

Mr Samurai pula bahasakan diri dia bapak dengan SuperKamil. Jadi mula-mula dia sebut “anak bapak” aku yang tertoleh-toleh. Aku yang tercari-cari. Sebab itulah gelaran untuk aku dulu-dulu.

Memang aku manja gila dengan arwah Bapak. Memang anak Bapak dalam erti kata sebenar. Jadi bila Bapak meninggal aku betul-betul lost. Tak tahu nak pergi mana. The heartache yang aku tanggung aku tak tahu nak letak mana. Tak reti macam mana nak soothkan. In the end, aku jadi rebellious, memberontak tak tentu pasal. Sikit-sikit mengamuk. Sikit-sikit mengamuk. Mengamuk pulak bukan sikit-sikit.

Bapak.

Sekarang aku dah agak biasa dengar bapak dari mulut Samurai. Tapi pedihnya makin kian terasa.

15 tahun aku cuba hilangkan Bapak dari hati aku. Sampaikan bila orang tanya aku, apa yang aku ingat pasal Bapak, aku serius tak boleh jawab. Biasanya Lam yang suka tanya dengan aku camtu. Sebab Bapak ialah abang dia yang dia paling rapat.

Bila aku tengok Samurai layan Kamil, aku terfikir, macam ni kot Bapak layan aku dulu-dulu.
Bila aku tengok Samurai dukung Kamil, aku terfikir, mcam ni kot Bapak dukung aku dulu-dulu.
Bila aku tengok Samurai tidurkan Kamil, aku terfikir, macam ni kot Bapak tidurkan aku dulu-dulu.

Mungkin itu sebabnya Bapak muncul kembali dalam hati aku.

I miss you Bapak. How I wish masa yang kita ada lebih dari 13 tahun. How I wish Bapak still hidup lagi bersama Along.

Love
Your daughter.

ONE OF THOSE BLISSFUL MOMENTS

Yesterday.
Sunday. 28th June 2009.

Aku dapat calls and messages yang best gila. Yang membawa keceriaan pada hidup aku. Yang membuatkan everything worthwhile.

First batch yang aku ajar di Bandar Tenggara sudah mula mendaftar ke universiti masing-masing.

Congratulations adik-adik. All the best. Jadikan your year in campus one of those best moments in your journey.

Kepada Upper6Intan yang doing education tu, nanti kita buat practical kat sekolah saya ya? Hehe.. Also to Yan, follow Ibu nampak.

To Zana n Kema. Elok-elok di tempat orang. Kadang-kadang, kita maksud lain, orang local inteprete lain. Lain padang, lain belalang.

Buat Halim n Sakinah, you deserved what you deserved. Study elok-elok. I am so proud of you both. Tercapai cita-cita awak berdua nak ambil law.

Anda mengucapkan terima kasih kepada saya kerana mengajar. But thanks to all of you, saya kembali bersemangat untuk mengajar.

DEAR MISS ANONYMOUS

"Learning takes place when a change of behaviour is shown."

Itulah yang aku belajar dulu. Maksudnya, dari tak tahu kepada tahu. Dari tak faham kepada faham. Dari tak reti kepada reti. Dari tak suka kepada suka.

Aku memang tak suka tempat ini. Tapi aku sedang belajar untuk jatuh cinta dengan tempat ini. Maksudnya aku sedang berlajar. Learning process aku still in process.

Orang yang bertamadun tidak akan menikam dari belakang.
Orang yang bertamadun tidak akan comment di blog orang lain dengan menjadi anon and trashing like, orang tak bertamadunlah.
Jadi sebagai orang yang bertamadun, I am willing to eat the humble portion of the pie.

Minta maaf orang Tanjung Karang. Walaupun tempat ini tak best, tapi saya akan cuba mencintainya sepenuh jiwa dan raga. Jangan risau. Pasti suatu hari nanti learning saya akan take place.

To Miss Anonymous. I don't know who you, where, you're from. So buzz off!!

MAKAN JELLY KELAPA ITU SEBAGAI TEMA

Muahaha...

Sekarang aku tengah berada di opis sambilan kerana berkerja secara sambilan dengan Cikgu Limin. Yeah. Aku dan Liza diminta menyelanggara blog dia.

Kamil tengah tidur dan yang lain pergi makan.

31 Mei 2008, hari aku n Samurai diijabkabulkan. Hari kami disatukan. Hari kami diraikan.
31 Mei 2009, sudah 1 year kami diijabkabulkan, disatukan, diraikan.
Hari yang sama juga dihabiskan dengan melawat orang lain kenduri kawin. Gila tak best celebrate anniversary macam ni.

FOCUS ON GRAMMAR

Itu ialah tajuk buku yang ada atas meja aku sekarang ni.

Aku rasa macam semacam pun ada. Kelakar pun ada hari ni. Merujuk kepada entry aku yang previous. Laptop aku ada problem dengan protocol dia jadi sekarang-sekarang inilah baru aku dapat menge-check blog ini. Then aku teserempaklah dengan komen kedua dan ketiga pada entry aku tentang habis berpantang.

Tak sangka ya, orang Tanjong Karang ni sensitif belaka rupanya. Haha. Aku kata padang jarak padang tekukur pun nak marah. Dah memang begitu lagaknya tempat ini pada hemat aku. Diulangi PADA HEMAT AKU. Jadi, pada hemat akulah.

Macam orang selalu dok kata kampung aku di Kuala Kubu Bharu tu tempat jin bertendang. Mana mungkin aku boleh marah sebab memang tempat tu memang tempat jin bertendang. Dah itu hemat diorang kat kampung akukan. Pasal dia tu tempat jin bertendang-tendang so that why aku merantau keluar.

Jadi, kesimpulannya, aku merasakan tempat aku sekarang ni gila korok, that my opinionlahkan. Bukan aku yang teringin sangat duduk kat sini. Dah dalam perut mak aku, aku ditanya, setujukah kau tinggal di padang jarak padang tekukur menjelang umur kau 29 tahun selepas kau berkahwin, aku pulak pergi jawab ya, ana setuju. Aku nak wat camnalahkan. Dah jodoh aku kawin dengan orang sini. Pastu lak orang tu duduk sini jugak lepas puas merantau. Aku nak wat camna, kan.

The point is, aku yang tak puas lagi merantau. Aku apply kembali ke Selangor pun kerana itu tanggungjawab aku sebagai isteri. Aku bukan macam anda, dari kecik sampai besar kat tempat yang sama.

So, oleh kerana aku dah banyak pergi ke tempat orang lain, PADA HEMAT AKU, tempat ini tak bes, belum best tapi mungkin akan best bagi aku. OK?

Hishh. Anak aku nak kena membesar jadi orang kampung ke?

KERJA_KERJA!

Hahaha..akhirnya berintenet jugak la laptop aku hari ini..sudah beberapa kurun terbiar kontang. Nasib baik Cikgu Ahmadi cukup pakar merepair TCP/IP aku yg jahanam kejap.

Last week kitorang wat qeqah untuk Kamilchan. Biasalah kenduri di kampung. Meriah dengan orang tapi penat melampau. Maklumlah dah lama family aku telibat dalam acar kenduri rewang-rewang macam ni. Dah bertahun guna katering je.

Ibu pun datang that day. Dan aku sebagai manusia yang selamba, selamba jelah. Maka adalah Mbah tegur hidangkan kuih untuk Ibu. Aku pun. Ok. Hidangkan. Then aku terangkan kat Ibu, kat sini kalau kenduri orang datang je letak kuih, letak air. Ibu pun jawap.

"Oh. ya. Ibu teringat. Time Ibu kecik-kecik dulu pun macam ni. Orang datang ja letak dulang kuih. Ya. Ya. Dulu-dulu."

WAA - HHAAATTT!!!!

Aku kena lalui lifestyle Ibu waktu DIA kecil-kecil dulu!? Uhuhuhu.. Life aku turn backwards ke? Not fair.

Ibu cakap. Hidup macam roda. Kadang-kadang di atas. Kadang-kadang di bawah. Hidup kita dah sampai puncak, so sekarang Along kene turun sedikit.

Aku jawab. Apalak. Ibu dah sampai peak of your life. Mine has not even started yet. Mana boleh.

Ibu jawab lagi. Ibu dah bawa Along bersama-sama Ibu naik atas. Now Along kena turun sikit so Along bawa Kamil naik atas balik. Macam mana yang Ibu have done with you.

ARRRGGHHH!!! Why me? Apa yang Allah cuba tunjuk kat aku ni. Life is not always a basket of flowers? Grass will always be greener on the other side. Why letakkan aku kat glitz and glitters just untuk kekalkan aku kat dumpster macam ni?

Apa yang aku dah buat. Not fair. Not fair at all. All I know sekarang ni, tak payahlah susah-susah be your best sebab in the end akan tercampak juga kat padang jarak padang tekukur.

By the way. This is my blog. Sukahati aku nak tulis apa.

MUAAHHHAHAHA

Aku dah habis pantang..

YeeeHHHAAAA!!!

Hari pertama aku berhabisan pantang tersebut Mr Samurai telah bermurah hati membelanja Encik KFC untuk aku. Maka petangnya pulak Ibu membelanja pizza. Walau bukan pizza dari Encik Pizza Hut atau Encik Domino's tapi ianya tetap pizza. Esoknya pula Mr Samurai membelanja pula nasi ayam idamanku. Aku tahu kenapa dia belanja. Sebab dia kantoi baca blog aku senyap-senyap.

Next week aku akan mula bekerja..Bosan gile yang teramat. Tidak best langsung walau sepicing. Apatah lagi sekolah aku terletak di sebuah tempat yang berunsurkan padang jarak padang terkukur lagaknya. Bosan.

Tak nak pergi sekolah. Agaknya, macam nilah perasaan budak-budak level D dan E bila kena bangun pagi pergi sekolah. Aku pun dah jadi cikgu level D dan E dah sekarang ni.

...

Tadi aku susukan Kamilchan. Memang rutin Kamilchan, lepas mandi, acara bersantap.
Kamilchan dah masuk 38 hari dah. Dah 38 hari Kamilchan hidup. 38 hari yang lepas aku lahirkan Kamilchan.

Tadi aku susukan Kamilchan. Memang rutin Kamilchan, lepas mandi, acara bersantap. Kamilchan dah masuk 38 hari dah. Dah 38 hari Kamilchan hidup. 38 hari yang lepas aku lahirkan Kamilchan. Kamilchan kembung perut. Dari umur dia 2 hari dia kembung perut tak habis-habis. Minum susu, mesti ada muntah. Kadang-kadang susu baru, kadang-kadang susu yang dah basi.

Tadi aku susukan Kamilchan. Memang rutin Kamilchan, lepas mandi, acara bersantap. Kamilchan dah masuk 38 hari dah. Dah 38 hari Kamilchan hidup. 38 hari yang lepas aku lahirkan Kamilchan. Sambil susukan Kamilchan aku minum milo. Sambil tengok TV. Aku jeling-jeling Kamilchan. Tetiba Kamilchan tersentak. Kamilchan tersedak. Susu baru kuar dari mulut Kamilchan. Susu baru pun kuar dari hidung Kamilchan. Aku tak tahu nak buat apa. Aku jerit panggil Ibu. Ibu tengah solat Asar. Tengah tahyat akhir. Ibu berlari dari bilik ke ruang tamu. Ibu sambut Kamilchan, tegakkan dia, terus sedut hidung Kamilchan. Patut aku yang kene sedut hidung Kamilchan. Bukan Ibu. Tapi aku tak tahu nak buat apa. Bila Ibu sedut tetiba aku nak muntah. Aku rasa nak menangis. Tak patut aku rasa macam tu. Tak patut aku rasa nak muntah bila orang tengah selamatkan anak aku. Aku rasa aku tak layak jadi mak. Aku rasa aku tak patut jadi mak.

Tadi aku susukan Kamilchan. Memang rutin Kamilchan, lepas mandi, acara bersantap. Kamilchan dah masuk 38 hari dah. Dah 38 hari Kamilchan hidup. 38 hari yang lepas aku lahirkan Kamilchan.

BELIA BENCI DADAH

Ibu seorang guru cemerlang sains sekolah rendah. Memang pakar. Kecemerlangan dan kepakaran ibu menyebabkan ramai mak bapak hantar anak mereka berlajar part time dengan Ibu.

Ibu buat tuisyen depan rumah. Tiap-tiap malam porch rumah ibu penuh kanak-kanak. Malam ni pun sama.

Suasana hingar bingar. Kanak-kanak itu sungguh teruja belajar part time malam ini.

Ibu : Saya tak mahu dengar sebarang suara, boleh?

Kanak-kanak : BBBOOOOLLLLEEEEHHHH!!!!!

NAFSU SERAKAH

Apabila telah menyalinkan seorang anak, secara automatik aku dapat maternity leave. Matenity leave ni anak-anak dara sekelian, memanglah 60 hari, tapi ..perghh... kene berpantang. Ikutkan hati, tak bagi cuti pun tak apalah, asalkan tak payah berpantang. Pulak tu Mr. Samurai adalah seorang jejaka berketurunan Jawa (Wak Samurai??), pantang aku baring terlebih degree, mulalah tu.

Jadi dengan ini, secara official and cumulativenya, aku mengistiharkan, para makanan yang akan aku tala selepas upacara pantang-memantang ini.

1 Milo ais kaw punya. Lagi kacip (sekadar meminjam vocab celebrity bloggers dewasa ini) kalau dapat milo ais tabur kaw punya.

2 Jus tembikai yang sejuk lagi bersari. Siap dihidang dalam sebuah / sebiji / sebidang gelas kaca berhias hirisan tembikai dan payung kecil.

3 Nasi ayam Makcik Eton depan umah. Mr. Samurai hanya memberi izin aku rasa sesudu nasi ayam tersebut semalam. Aku nak makan 1 pek lepas ni. Kalau boleh dengan pek-peknya sekali.

4 Nasi lemak lauk ayam goreng. Perghh....

5 Aiskrim berperisa esotik yang nyaman lagi mendamaikan.

6 Nugget yang dideep fry lalu dihidang panas. Penuh kepul-kepul asap yang keluar bila dipotong ala-ala dalam iklan. Nak makan kena tiup ffuuhhh ffuuuhh dulu.

7 Mee kari ibu buat. Penuh ditaburi dengan decoration yang memurnikan lagi penampilannya.

8 Roti canai kedai mamak. Tak kisahlah mamak mana, asalkan mamak. Cicah pulak dengan kari periuk recycle 5 tahun tak basuh. Fulamak. Besok pergi sekolah, pegang kapur pun aroma kari menari-nari.

9 Sushi dadah di 101 Mall Kulai. Ni yang agak payah. Sebab kedudukan geografi dia melampau punya jauh. InsyaAllah, Kamilchan dah bujang pun belum tentu aku dapat makan lagi. Ada sesiapa kat Kulai nak poskan sushi dadah ni kat aku? Kedai dia depan Encik KFC, sebelah Encik Pizza. Kalau tak ada, sushi Jusco pun jadilah.

10 Super Supreme Encik Pizza. Sedapnya Encik Pizza ni. Memang makanan aku. Tapi yang tak berapa bestnya, bila di Tanjong Karang, Encik Pizza yang paling hampir ialah di Kapar. Untuk pengetahuan korang, Encik Pizza kat Kapar ni, gila haprak servis dia. Bukan aku saja yang kata, cikgu-cikgu DG44 pun ramai yang kata. Macam makan kat kedai nasi campur je atmosphere dia.

11 Encik Mekdonel. Encik Mekdonel ni pun payah gak nak jumpa bila dah terperuk kat Tanjong Karang. Balik-balik yang ada Encik KFC, tak best langsung.

12 Cheese cake dari kedai kek.

14 Roti dan pastri yang berintikan benda-benda yang savoury. Uhuuuu. Sedapnya.

15 Ice blended mochacino. Cehh..beria nak ice blended mochacino. Padahal selama ni ice blended nescafecino je.

16 Honeydew. Pulak tu yang dah siap dipotong comel-comel. Then letak pulak dalam fridge dalam setengah jam. Sejuk, nyaman. Memang sesuwai lah dengan cuaca Tanjong Karang yang panas terik tu.

17 Tembikai. Pun dalam konteks persembahan sama seperti nombor 15.

18 Pisang / Ubi / Keledek goreng. Digoreng garing oleh ibu mertuaku. Dicicah pulak dengan sambal kicap yang aku bawa pengaruhnya dari Johor. Dipotong pulak dalam bentuk bite size yang aku selalu suruh Mr Samurai buat time aku pregnant dolu-dolu. Agaknya Mr Samurai nak tak layan kengadaan aku tatkala badan yang berbadan dua dulu tu dah jadi dua ketul badan?

Kalau nak diikutkan, semua yang sejuk beku, bergoreng sakan, pedas menyinga semua aku nak makan sekarang ini.

Bak kata Mr Samurai, "sekarang je tu. Kang dah abis pantang, takda maknanya."

ALAM BARU

Aku dah mulakan alam baru.


Alam yang mengundang ketidakcukupan tidur di waktu malam.


Alam yang mengundang kekecohan dan kebingitan di waktu yang tak dijangka.


Alam yang menyebabkan aku sentiasa berjaga-jaga. Tidur pun tak berapa lena.


Alam yang telah, sedang dan akan sedikit sebanyak menggangu ritma perjalanan hidup aku.


Alam yang memaksa aku berfikir 439876 kali sebelum membuat sebarang keputusan untuk diriku.


Alam yang akan menyebabkan aku sentiasa tertanya-tanya "Kalaulah..."


Alam yang penuh pengharapan tapi sebenarnya satu perjudian, satu percaturan. Belum tentu untung sabut akan timbul.


Kamil Naqib bin Kamarudin

28 Februari 2009

MEMORY LANE

Never would I thought, that a simple mirror reflection of me writing, would remind me so much of him.

I miss u Bapak...

SEMBANG POLITIK LA PULAK!!

Aku ni takda le in to politik sangat. Inside pun tak. Into, under, accross, above semua takda.

Tapi recent issue pasal politics in Perak membuatkan isi rumah aku agak hangat with heated political discussions.

One day lepas pakcik-pakcik ramai-ramai baring atas jalan halang kereta Raja Nazrin Shah nak masuk istana, semua MB, semua political figures, semua boss NGO membagi comment "DERHAKA"

Pak Lah pulak boleh mengecat pasu. Esok pergi yee sang.

"Nasib la korang. Aku nak pencen. Aku malaih dah nak ambil tahu."

Oh PM ku.

A NEW LEAF

Where to start?

A new year. A new life. A new location. A new me (really?)

I'm sending this post from somewhere new. I'm no longer in Bandar Tenggara Johor anymore. At this exact moment, I just relocated to Sawah Sempadan, Tanjong Karang Selangor.

A new school. A new set of rules. Still mending my way into circle. Just my luck I'm a late bloomer. Yet, I'm kinda dissapointed that almost everything that I've planned seem to burnt into ashes.

There's no Form 6 in this school, so I can't teach MUET and try to wiggle my way to DG44 in 2 years time. There's no Pandu Puteri that I can join in order to go international. There's no weird ko-ko activities that spark new experiences. Nil. I have to start from scratch.

Good luck to me.

To all my friends in Bandar Tenggara:
- so long and farewell
- sorry goodbye kita hari macam kelam kabut je. salahkan KPM hantar surat lambat ye
- kalau saya buat salah, silap, tak siap kerja, maafkanlah. plannya nak buat sehabis baik this
year tapi jodoh kita sampai di situ sahaja rupanya
- jalan-jalan kat tanjong karang calling-callinglah ye

To anne & botak & lina:
- harap korang bertiga tak lupakan aku
- x sempat la nak makan sushi. kat sini xde sushi. ada belut paprik je
- thanx sebab sentiasa melayan otak aku yang tak berapa nak penuh ni
- thanx sebab jadi member terapi aku selama setahun. shopping di jusco n giant x akan serupa
tanpa korang
- any great news, bad news, sad news, happy news, news strait time, jgn lupa shout out kat aku
ye
- miss korang sesangat (nak meleleh air mata ni. tapi ku tahan jebat!)